Nampakya sekarang chegu nak mintk tolong kat guru-guru lain, boleh bagi nasihat tak, ataupun buah fikiran cara nak terapkan soalan ni di sanubari anak pelajar sekarang ni...
Tema Hari Guru
Berikut merupakan definisi dan huraian tema Hari Guru 2015
"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"
Hari Guru KPM 2015
HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK
1. DEFINISI
1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.
2. HURAIAN
2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, 9etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Pra Sambutan Hari Guru 2015
Macam tahun-tahun sebelumnya, hari guru akan ada pertandingan-pertandingan antara-guru-guru, saja seronok-seronok untuk tujuan mengikat tali persahabatan dan ukhwah antara kami guru-guru.
Jadi, pertandingan bowling diadakan oleh kelab kebiru sekolah di Kluang Mall. Tahun ini lebih meriah, Ramai guru dapat hadir. Mungkin sebab dianjurkan waktu malam Jumaat, waktu cuti hujung minggu...
Skor chegu segan nak caka sebab tak mengancam bunyinya... Tak de satu kategori pun yang chegu menang... alah... buat seronok hujung minggu je.
Lepas ini pertandingan badminton regu guru lelaki... mungkin bleh menang plak kat sini...
Jasa guru sentiasa saya kenang hingga ke ajkhir hayat.. semoga menjadi guru yg berjaya di dunia dan akhirat. Selamat hari guru buat Chegu Zam.. :)
BalasPadam