Selasa, 6 September 2011
Pelajar | Guru
Sekarang sudah bulan September, maka tarikh sesuai dan sinonim kepada pelajar-pelajar kerana tarikh peperiksaan seperti UPSR dan PMR makin menghampiri. Maka banyaklah pelajar-pelajar yang tekun dan menambah usaha mencari 'A' yang diidamkan.
Tapi tidak semuanya begitu. Ada yang lain pula sibuk dengan perangai masing-masing berkawan dan berhibur semata. Kadang-kadang Chegu terlihat beberapa pelajar tingkatan 3 berlarian untuk 'escape' dari kelas. Berhamburan lari seolah-olah Chegu tidak kenal mereka.
Inilah cabaran zaman sekarang. Segala macam perangai pelajar makin menular seolah-olah 'semalu di padang'. Kalau tidak bersepatu, sakit sikit lah, tak terasa sangat masalahnya. Cuma ada sedikit sistem yang langsung tidak menguntungkan guru. Apa-apa pun yang berkaitan pelajar, guru yang 'kena'. Seolah-olah macam 'perundangan' menuding guru. * eh jadi meluah perasaan pulak
Maka tema kita hari ini berkisar kepada gambar di atas yang menarik perhatian Chegu. Zaman sekarang, guru yang bertungkus lumus memikirkan kecemerlangan pelajar. kalau dahulu, nak naik darjah kena lulus. Kalau tidak lulus maka mengulanglah di darjah yang sama. Sekarang murid macam sambil lewa. Kepada yang berjaya, tahniah. tetapi realitinya hampir kebanyakan yang keluar sekolah tanpa apa-apa yang diperoleh. Bertuah kalau dapat sijil, boleh kerja di mini market di Pekan Marudu.
Jadi fikir-fikirkanlah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua