Tema atau slogan hari guru pada tahun 2011 ini adalah ‘GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’. Walaupun masih sebulan lagi untuk sambutan hari guru, tapi temanya sudah diketahui. Saban tahun hari guru disambut, namun cabarannya masih sama iaitu bagaimana meneruskan peningkatan pendidikan Negara.
Tuan Rumah sambutan hari guru 2011 peringkat kebanngsaan pada 16 Mei ini adalah di Sarawak. Warga guru sememangnya diakui memikul tanggungjawab yang besar yang harus digalas sepanjang masa. Melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak mulia berilmu, berketerampilan, berintegriti dan sejahtera adalah yang utama. Cabaran harus ditempuhi dengan berani, kalau tidak kita akan berhadapan dengan masalah lain - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada abad ini, pelbagai masalah berkenaan dengan isu guru dan pelajar. Cuma tanggungjawab mendidik janganlah hanya dibebankan kepada guru sahaja, ianya harus ditangani dipihak keluarga dan masyarakat. Janganlah hanya kerana atas alasan pelajar, guru yang menjadi kambing hitam.
Cuma ada keluhan sedikit dari pihak saya, dimana NUTP sewaktu pernah dibangkitkan hal berkenaan isu disiplin sekolah pada tahun lepas. Seolah-olah terus guru dipersalahkan kerana hal video di YouTube. Serta, bagaimana nasib kami, guru-guru di Sabah kerana tiada pertubuhan yang menyokong kami disini. Sekurang-kurangya, adalah saluran kepada suara kami yang sudah sekian lama tidak mahu kedengaran sudah.
Memanglah menjadi lumrah, ketidakpuasan ada di mana-mana. Kami pihak guru juga adalah insan biasa, tidak semuanya sempurna. Tapi demi kecemerlangan generasi baru, tenaga tetap dikerah agar usaha yang sedikit ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan kesan kepada perkembangan dinamik Negara. Masa akan tetap berlalu tanpa kita sedari. Diharap dengan perubahan dalam pendidikan seperti yang diwarwarkan dalam tema hari guru ini akan menjadi inspirasi kepada semua warga guru agar terus maju.
ader cite di sebalik ni..jgn salahkan NUTP.. adakah anda - ahli kepada NUTP???
BalasPadamMungkin ada yang tercari maksud Menjana Tranformasi Pendidikan Negara. Pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Peranan dan fungsi guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.
BalasPadamBaca la jap perutusan ni. mungkin membantu
BalasPadamhttp://cheguzam.blogspot.com/2011/05/perutusan-hari-guru-2011.html