Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 17 April 2011

Tiada Nasi Lemak suda di Kantin





Diharap pernyataan ini taklah menjadi isu Negara kerana menyangkal kementerian kesihatan kerana tak beberapa jam tadi di Buletin Utama, Nasi Lemak dilabel menjadi faktor utama obesiti lantas ianya tak boleh dijual di sekolah. Jika dikatakan obesiti,  memang lumrahnya kita terfikirkan masalah kegemukan. Daripada bernama, 4 daripada 10 orang dewasa melebihi 18 tahun adalah mengalami berat badan berlebihan ataupun obesiti. Kebetulan tahu mengenai statistik ini kerana kebetulan memang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.  Macam tak adil gak kalau nasi lemak tak boleh dijual di sekolah.
Jika difikirkan, memang banyak makanan yang disajikan ataupun dimasak mengandungi kandungan lemak yang banyak. Tidak termasuk makanan segera (fast food) yang sememangnya digemari oleh rakyat Malaysia. Kayanya budaya juga terkandung dalam masakan terutama Nasi Lemak, Roti canai, Nasi Ayam dan sebagainya. Semua makanan tersebut kalau difikirkan mengandungi kadar lemak yang tinggi juga.
Cuma terkilan, jikalau makanan seperti nasi lemak, tidak dibenarkan dijual di kantin-kantin sekolah. Nak makan apa lepas ni. Orang yang obesiti tetap juga macamtu. Ni yang dicakap 'nila setitik, rosak susu sebelanga'. Mungkin silap-silap, karipap, mee goreng, nasi goreng, dan makanan seumpamanya pula diharamkan dijual. Sedih juga la kalau difikirkan di Sabah ini, sebab itu saja menu yang ada. Lepas ini tah apa pula makan yang boleh dijual oleh kantin atau ‘apa nak beli ek’ untuk pengguna / pelajar. Mungkin kena makan sup, atau ubi kayu rebus saja la.

1 ulasan:

  1. Nasi lemak merupakan kegemaran rakyat malaysia. Hidanganya lengkap dan amat mudah dinikmati d pg hari. Tak hairan jika ia nya kegemaran sebab kalau d tanya mana-mana gerai atau restoran, nasi lemak mesti ada.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt