Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 21 April 2011

Kerjasama mengurangkan obesiti dikalangan pelajar sekolah

Kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan telah sepakat untuk mengadakan aktiviti bersepadu mengurangkan obesiti dikalangan pelajar sekolah. Guru Kaunseling disasarkan untuk membantu dipihak sekolah. Ini adalah rentetan pengumuman sekali seminggu penjualan nasi lemak disekolah. Bagus larangan terus jualan nasi lemak di sekolah. Isu larangan nasi lemak ini semakin kerap dibangkitkan di tv ataupun suratkhabar. Nasi lemak kini tidak boleh dijual setiap hari.




Cuma tertanya, adakah ada aktiviti bersepadu yang mencatat peratus obesiti dikalangan rakyat Malaysia bawah 18 tahun. Walaupun kajian ada peningkatan, namun ianya tidaklah sampai tahap tidak terkawal. Jadi menjadi tanda tanya pada pihak guru, dari mana asas kementerian ini melatah sehingga sekian rupa. Guru pun menyokong saranan dan kempen kerajaan ini, tapi hari ini menjadi sejarah, seolah-olah nasi lemak alat utama obesiti.

Jadi kepada semua, guru berharap agar 'hentikanlah' makan nasi lemak. Kalau pandai membaca nilai kalori pada gambar di atas, ternyata kalorinya amat tinggu 'lah'.  Mungkin ada yang menarik nafas lega terutama penjaja / peniaga luar sekolah kerana menu nasi lemak boleh dijadikan sumber 'cari makan' kerana kantin tidak menjual. Apa-apapun, Amalkanlah cara hidup sihat supaya kita sendiri mendapat manfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt