Ahad, 20 Januari 2013

Semak Penyata Gaji Online


Semakan Penyata Gaji Online | e-Penyata Gaji di www.anm.gov.my | Semakan Slip Gaji Online (e-Penyata Gaji) | Sekarang zaman serba canggih, semua nak online. Kalau dahulu nak slip gaji memang kena tunggu gaji, sekarang anda sudah boleh menyemak slip gaji anda secara online menerusi Laman Portal Rasmi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM).

Biasanya dalam masa 1 hari sebelum gaji, slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan. Untuk akses ke laman berkenaan, pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka. Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di www.anm.gov.my.
Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online.

Selain anda boleh buat semakan gaji online, anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan. Penyata gaji anda juga akan senantiada ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online. Dibawah ammboi ada sediakan cara-cara atau kaedah bagaimana untuk menyemak penyata gaji anda secara online bagi mereka yang masih belum mendaftar. Sila klik pautan diatas atau anda boleh terus ke pautan dibawah;

Klik e-Penyata Gaji & Laporan untuk buat pendaftaran dan semakan gaji online.

Isi ruang No KP dan Kata Laluan (sebagaimana gambar 1) untuk log masuk.
Sekiranya anda belum pernah mendaftar sila Pertama Kali Daftar (gambar 2).
Jika anda lupa kata laluan klik Lupa Kata Laluan (gambar 3).



- – ->  SEMAK GAJI ONLINE DISINI <- – -

Rabu, 2 Januari 2013

RPT Matematik (BM)


Untuk tahun 2013, Disini ada rancangan pengajaran tahunan untuk Matematik menggunakan Bahasa Melayu / Malaysia (BM)

Download RPT Math (BM)

 Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 1

 Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 2

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 3

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 4

 Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 5

* masih di peringkat pembinaan

Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download

Hiasan

Ahad, 30 Disember 2012

Nilai-Nilai Murni


Senarai Nilai-nilai baik, untuk sivik dan kewarganegaraan (ataupun untuk kegunaan lain terutama misi pendidikan negara, nilai murni merentasi kurikulum) sesuai untuk guru praktikal nak letak nilai murni kat rph

1. Adil
2. Amanah
3. Baik hati
4. Bantu-membantu
5. Belas kasihan
6. Berani bertanggungjawab
7. Berani kerana benar
8. Berani mempertahankan pendirian
9. Berani tidak membuta tuli
10. Beratur / berbaris
11. Berbincang terlebih dahulu
12. Bercakap benar
13. Berdikari
14. Berfikiran terbuka
15. Berhati-hati
16. Beringat-ingat
17. bermaaf-maafan
18. Bermuafakat
19. Bersabar
20. Bertanggungjawab
21. Bertanya jika tidak tahu
22. Berterima kasih
23. Bertimbang rasa
24. Bertindak pantas
25. Berusaha
26. Cekal
27. Cinta kepada keamanan
28. Cinta kepada negara
29. Dedikasi
30. empati
31. Gigih
32. gotong-royong
33. Berhemah tinggi
34. Hormat kepada adat resam
35. Hormat kepada agama
36. Hormat kepada guru
37. Hormat kepada ibu bapa
38. Hormat kepada jiran
39. Hormat kepada kepercayaan
40. Hormat kepada ketua
41. Hormat kepada orang tua
42. Hormat kepada pemimpin
43. Hormat kepada rakan
44. hormat-menghormati
45. Ikhlas
46. Jaya diri
47. Jimat
48. Kasih sayang
49. Keadilan
50. Kebebasan
51. Keberanian
52. Kebersihan fizikal
53. Kebersihan mental
54. Kebersihan persekitaran
55. Kejujuran
56. Kerajinan
57. Kerjasama
58. Kesederhanaan
59. Kesopanan
60. Kesyukuran
61. kunjung-mengunjung
62. Memberi salam
63. Membuat persiapan awal
64. Membuat pertimbangan
65. Membuat rujukan
66. Mementingkan masa
67. Mempunyai cita-cita
68. Mendoakan kesejahteraan
69. Menepati masa
70. Mengakui kesalahan diri
71. Mengambil tahu
72. Mengenang budi
73. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
74 menghargai
75. Menghargai masa
76. Menghargai jasa
77. Mengharumkan nama negara
78. Menikut peraturan
79. Mengucapkan tahniah
80. Mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
81. Menjawab salam
82. Menumpukan perhatian
83. Menuntut ilmu
84. Menyiasat terlebih dahulu
85. Merendah diri
86. Murah hati
87. Patuh kepada undang-undang
88. Peka terhadap sesuatu isu
89. Perpaduan
90. Persaudaraan
91. Rajin
92. Ramah mesra
93. Rasional
94. saksama
95. Saling memahami
96. Sayang
97. sedar akan kekurangan diri
98. Sedar akan kelebihan diri
99. Sedia memaafkan
100. Semangat bermasyarakat
101. Semangat kejiranan
102. Semangat kesukanan
103. Semangat patriotik
104. Simpati
105. Sopan
106. Taat kepada ibu bapa
107. Tabah
108. Tekun
109. Teliti
110. tolerasi
111. Tolong-menolong
112. Yakin pada diri sendiri
113. ziarah-menziarahi

Khamis, 27 Disember 2012

Jalan-Jalan Ke Melaka 2012

25 hb Dis, Selasa - Teruk tau sekolah baru chegu ni, dia buat meeting hari Isnin, sampailah hujung minggu ni. Tak le hebat sangat pun mesyuaratnya, benda biasa je, cuma sekolah chegu yang baru ni budak-budaknya terpilih, minima 3A baru bleh masuk. Cabaran juga ni, dalam kepala chegu pikir anak murid jenis yang takleh jentik... alamak macamni sebelum ni chegu jentik anak murid la..kantoi. Takut kena saman ooo... nak buat macamana, kenalah juga mengajar kat sini.


Sepatutnya chegu dah plan nak ke KL ada majlis kawin sepupu, diaorang buat kat hotel, mesti meriah siap ada dress code, pakai baju kemeja / baju kebangsaan. Tapi dah kena bertugas hari rabu pula, nak taknak, kenalah batal pergi ke KL.

Soo... tetiba plak nak ke Melaka. Jadi bawakla semua keluarga mertua ke Melaka, ubat takjadi ke KL.

Menara Taming Sari, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dah berkali-kali datang ke Melaka ni. Nak naik tengok kat pintu masuk tertulis harga masuk ke Menara ni, RM 20 dewasa RM 10 kanak-kanak. Tak berani nak naik.


Rupa-rupanya kat dalam, harga tiket RM 15 seorang. Beratur makan masa juga. Dah beli tiket, jadi RM 41 semua. Harga tiket sebenar RM 10 dewasa, RM 8 warga emas dan RM 5 untuk OKU (tunjuk kad pengenalan). Tak tahu nape jadi murah plak, (ingatkan dekat RM 100).


Menara sempena nama keris pahlawan melayu melaka ni adalah menara berputar pertama di Malaysia. Naik dalam masa 5 minit, hampir 3 kali pusingan kat puncaknya. Dapat tengok keseluruhan bandar Melaka. Kalau nak naik ada dijual teropong, harganya RM 5.



Adalah sikit chegu buat rakaman naik menara ni. Nak lagi best jom naik. Ada juga menara ni buat bisnes  jual gambar poskad dan fridge magnet (RM 50), gambar diaorang tangkap sebelum naik menara ni. Ikut  kita nak beli ke tidak beli.


ShareIt