Jumaat, 14 Oktober 2011

Santai tepi pantai

Lepas pulang dari main badminton, chegu terus basuh kereta. Macam dah lebih sebulan lamenye kereta berselut lumpur. Tapi terlambat nak ke tempat port mcm biasa. Ada jemput-jemput / cucur adabi si Taufik masak. Rajin housemate aku masak. chegu buat ape ye???

Jadi dalam jam 6 petang barulah chegu dapat singgah, ada la tinggal beberapa ketul lagi dengan air sirap beserta perahan limau nipis yang sudah kecairan dek ais batunye telah mencair. huhu.. Tapi takpe, janji jalan ke Kota Kinabalu esok dengan kereta yang berkilat sikit. Tidak le kluar macam kerete baru kluar dari kebun, walaupun memang tempat tinggal macam dalam hutan (keliling rumah penuh ngan belukar).

gambar kureng sikit dek cam dah buruk - sony experia X1 - asik hangg je, per cite

Nah, tu la tempat biase duduk kami petang-petang santai macam ber'picnic'. Lengkap dengan minum petang. Tidak le eksclusive sangat macam di Bintang Walk. Janji sempoi. 'TERBAEK"

Licin - sambal ikan bilis kot. Diaorang tinggalkan seko ikan bilis je. Dalam periuk tu pun kosong.. tinggal alas kertas je ... OMG

Hehe - gaya, mutu, keunggulan
Ceh ... jauh beza kalau ambil candid. 'Natural' sikit
Jadi macam biasa le... snap-snap sebelum senja. Macam ada misi nak ganti HP baru. Cari cam yang resolusinya tinggi sikit. Tapi X1 chegu nilah yang banyak berjasa merakam detik2 sepanjang tahun 2011.

Ciannye, Kiutnye

Khamis lepas, chegu mendapat panggilan tergempar dari rakan guru berjiran SMK. Tetiba je mengajak ke Restoran Pantai tengahari khamis kemarin.

Maka dengan bersungguh-sungguh, chegu bergegas ke RP (singkatan restoran pantai). Dengan lagaknya chegu datang ke port biasa mcm YB, mana tidaknya dah tema hari khamis memang memakai baju batik. Pemandangan memang menyejukkan mata, sambil perut memang tengah berkeroncong mahu makan tengahari lepas letih membebel di kelas sebelumnye.

Santapan hanya nasi goreng ayam yang penuh satu pinggan. Ingatkan tak bleh habis. eh .... rupanya habis gak  walaupun terpakssa menelan masakan yang agak tawar. Yang mantop syed memuji makanan mee bandung di RP harini. Jarang pakar masak kite ni memuji (sori kalau terase k). Dengan penuh yakin rakan-rakan yang lain memesan untuk mendapatkan mee bandung yang sama. Hampenye, mee memang sama, cuma seolah-olah bahan kuah untuk satu pinggan dijadikan tiga (Kuahnye cair melese).

ABCnye memang ada 'class'. Sedap sikit sebab ditambah 'corn flakes'. I Like (^_^)

Selesai makan adalah satu aksi tetiba je dapat di rakam. Kucing membuat aksi macam cerite Shrek tu. Macam aksi 'puss in boots'. Kiutnye

puss in boots
Mcm ni lah...
kucing tu mcm mengada-ngada pun ada gak

Balik sempat jugak 'snap-snap' persisiran pantai kebetulan air pasang. Indahnye...

RP.. terkenal dengan menunya yang 'sedap-sedap belaka' (sedap ke?)

Sejuk mata memandang

hijau dalam kebiruan

Rabu, 12 Oktober 2011

Blog Review

Tetiba seronok plak chegu melayari kata kunci 'google search result' dengan kata kunci 'chegu zam', terbit lah satu belog ni yang khas meletakkan 'entry'nya semata-mata untuk belogku yang tak seberapa nih.


nama belog adalah arkian http://blogsoalanmatematik.blogspot.com



Terima kasih kepada tuan punya belog atas entry khas cikgu Diana. Dalam masa sehari nih, kebanyakan trafik datang dari belog ni saje.

Maka dengan entry tah ape-ape ni, sekali lagi ucapan me kaceh dari chegu.

Cuma komen sikit dari chegu agar empunya belog menambah siket banner yang mantop agar senang mata memandang. Cuma chegu sedar banner chegu pun tidak le sehebat mane. Terus terang perisian windows paint saje yang chegu gunakan. Tapi dengannya adalah serba sedikit menambah keceriaan dalam kesuraman.

Teknik Memancing - Trolling


Umpan Trolling Terbaik - Trolling adalah cara memancing dengan cara long line atau tali yang panjang, trolling menggunakan bot, atau kapal. Joran yang mengandungi umpan dipasang pada belakang kapal dengan kedudukan kapal yang berjalan dengan kelajuan tertentu. Kedudukan tali yang panjang dan umpan yang ditarik dengan perahu memerlukan teknik khusus dalam pemancingan supaya berjaya.



Teknik memancing trolling merupakan teknik memancing permukaan, disebut demikian kerana teknik ini mencari ikan yang sering berada berada di permukaan air laut seperti ikan tuna, alu-alu, gerpoh dan marlin. Jenis ikan tersebut mempunyai kebiasaan untuk makan di permukaan air, menjadikan sekumpulan ikan yang menjadi santapan mereka, contohnya ikan bilis dan ikan belanak.

Maka sebagai umpannya para pemancing menggunakan umpan tiruan yang menyerupai ikan yang dijadikan mangsa di atas. Dengan umpan tiruan ianya tahan lasak berbanding umpan hidup atau buatan yang akan hancur jika terkena ombak apabila dipasang dan ditarik dengan perahu.


Memancing sistem trolling memang memerlukan perahu sebagai alat utama. Dengan cara menaiki bot, umpan ditarik sedemikian rupa sehingga menarik ikan pemangsa seperti marlin untuk menyantapnya. Umpan ikan dipilih yang mempunyai warna yang cerah dan berkilau seperti warna ikan asalnya. Penggunaan warna terang akan menarik ikan pemangsa untuk mengejarnya.

Pengalaman trolling : memancing sekitar pulau tigabu, beluran, Sabah

Umpan Trolling

Umpan adalah salah satu faktor penting dalam memancing system trolling. Umpan atupun gewang pancing yang baik adalah umpan yang berwarna terang, berkilat dan kuat. Umumnya umpan yang digunakan untuk trolling adalah umpan buatan yang diperbuat dari logam yang berkilat, atau metal, dibentuk menyerupai ikan supaya boleh mengelirukan ikan yang menyambarnya. Bentuk ikan yang diperbuat dari metal akan memantulkan sinar matahari dan akan menarik ikan sehingga mahu mengejar umpan yang terus bergerak.


Meski banyak orang menggunakan umpan buatan, namun ada juga yang masih menggunakan umpan hidup. Pemilihan unpan jenis hidup juga ditentukan warnanya yang berkilat, supaya akan menarik ikan untuk memakannya. Teknik atau cara pemasangannya juga penting. Ikan di tusuk dengan mata kail pada punggungnya dan menembus hingga perut. Mata kail dapat ditonjolkan keluar agar mudah menembusi mulut ikan penyambar. Jangan lupa untuk mengarahkan kepala ke depan, sehingga seolah-olah pada saat ditarik kapal, ianya seperti sedang berenang.

Target sasaran pemancingan trolling cukup besar, mata pancing yang digunakan pun haruslah cukup besar nombor 5-7. biasanya kalau umpan yang anda gunakan umpan buatan sudah terdapat mata pancing sesuai dengan ukuran dari umpannya. Untuk senar anda boleh menggunakan yang monofilament tentu saja dengan memperhatikan kekuatan dari tarikan ikannya.

Penyambung / perambut mesilah tahan agar jika direntap ikan, ianya bertahan, terutama ikan jenis tenggiri yang tajam giginya. Tali di rod juga mesti cukup panjang supaya apabila ikan melawan, ada tempoh untuk melurut dan mengikutnya (melepaskan tali) supaya seronok berlawan dan cukup tali.

Jenis apapun umpan anda, baik semulajadi mahupun buatan boleh digunakan sebagai alternative. Namun anda juga memerlukan tekong ataupun pakar yang biasa keadaan trolling dan mengemudikan kapal / perahu. Target sasaran mana kedudukan ikan dan faktor cuaca serta struktur dasar laut perlu diketahui agar boleh mendatangkan hasil.

Sekarang ada sudah perlalatan canggih menentukan kedalaman dan mengenalpasti kedudukan ikan seperti sonar. Apa-apaun, pengalaman dan cuaca memainkan peranan penting jika mahu memastikan ikan memakan umpan.

ShareIt