Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 9 Februari 2021

Koleksi Video Pdpr Matematik

Koleksi PDPR Video belum Lengkap Matematik dan Matematik Tambahan

2021 - Memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini bertumpu di rumah kerana pandemik Covid19, tugas mengajar matematik menjadi semakin sukar. Boleh dikatakan silibus dalam kssm matematik memerlukan pelajar memahami banyak kemahiran yang mana kaedah pembelajaran secara bersemuka Chegu Zam rasakan paling berkesan. Tapi apakan daya, kini tugas mengajar perlu dilaksanakan menggunakan media elektronik. 


Jadi disini Chegu Zam kumpulkan dan buat video amatur pdpr Matematik dan Matematik Tambahan (add math) mengikut Buku Teks KSSM. Setakat ini baru beberapa bab dan hanya beberapa tingkatan sahaja Chegu baru dapat hasilkan. Ini kerana masa terhad kerana nak sunting dan rakam video memerlukan komitmen yang tinggi. Kelas bersemuka pun masih nak kena buat. Chegu akan cuba buatkan supaya lengkap kesemuanya. Sementara ini berikut merupakan video yang dah diterbitkan. Yang lainnnya akan dt tambah dari masa ke semasa. 

Setiap tajuk akan ada link youtube disebelahnya |link youtube|. Harap dapat mempermudahkan copy paste ke media sosial / group whatsapp telegram cikgu-cikgu


Matematik Tingkatan 1

Bab 2: Faktor dan Gandaan

Bab 3: Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga


Matematik Tingkatan 2

Bab 1: Pola dan Jujukan

Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra

Bab 3: Rumus Algebra

Bab 4: Poligon


Matematik Tingkatan 3

Bab 1: Indeks

Bab 2: Bentuk Piawai

Bab 4: Lukisan Berskala


Matematik Tambahan Tingkatan 5

Bab 1: Sukatan Membulat

Bab 2: Pembezaan

Bab 3: Pengamiran


Jika ada tersalah bahasa, tersalah jawapan ataupun apa apa yang membuat sesiapa terguris atau terasa chegu mohon maaf sangat-sangat. Niat chegu hanya nak membantu. Mana ilmu bermanfaat chegu kongsi.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt