Jom Banteras perosak |
Dalam carian en. google, banyak juga yang mencadangkan sumber-sumber alam semulajadi seperti daun limau serai atau daun durian belanda untuk menghalau dan menghapuskan tikus dari dalam rumah.
Masalahnya mana nak cari? Rata-rata pengguna netizen ni duduk dekat bandar.. chegu percaya, anda sekarang yang membaca ni mungkin tak kenal daun bagai2 tu kan.
Gunakan Bahan Dalam Rumah Sahaja
Sebenarnya senang je.. Cuba cari lada hitam.. nak cari pun senang sebab ada di pasaraya, kedai runcit atau pasar malam. Letak kat laluannya, insyaallah, tikus tersebut akan lari. Lada hitam mudah dicari. Tapi ingat, jangan keliru pula dengan lada putih pula (tentulah warnanya hitam, takkan kaler putih pulak) Cuba guna lada putih chegu belum pernah buat. Takpe, jangan takut membazir kalau tak berkesan, ianya boleh dimasukkan dalam masakan anda. Tak membazir mencuba.
Tapi Chegu nak ingatkan, fasa menggunakan lada hitam ni hanya sesuai jika tikus tu susah sangat nak dikeluarkan dari rumah anda.
Perangkap Tikus
Jadi chegu cadangkan belilah perangkap tikus besi. Umpan pulak janganlah ikut sesetengah orang yang meletalkan ikan / ayam... INGAT TIKUS BUKAN KARNIVOR. Mereka tak makan daging. Letak umpan seperti kekacang, nasi atau biskut. Selalunya paling berkesan gunakan ubi kayu.
Tapi ramai yang gusar macamana nak dibunuh. Cara sangat kejam chegu dapat adalah dengan merendam seluruh besi perengkap tersebut dengan air, biar mati lemas. Sekejap je, tak sampai 2 minit dah mati. Ilmu ni chegu dapat masa tengah masak megi, ikat sangkar dengan tali pancing, campak je dalam sungai belakang rumah.
Ada cara lain dengan menjemur di cahaya matahari, tapi cara ni kejam sangat sebab ianya lambat mati. Berjam-jam lamanya barulah ia mati.
Jangan ye marah ke chegu sebab kejam sangat. Kalau anda suka ambillah dan belai manja lah tikus tu, sesedap rasa, ikut selera anda...kikiki
Bela Kucing
Satu cara biologi yang berkesan adalah menggunakan kucing. Tapi kucingya yang jenis lincah macam kucing kampung. Kalau kucing Parsi macam tak pernah nampak mereka dirakam dalam vid.. Jadi pemilihan kucing pun perlu betul kadang kala kucing kampung pun tak tentu lagi nak tangkap tikus. Mungkin tikus sekarang beso-beso giler, takut kucing tu. Jadi anda jangan salahkan kucing tu ye.
Cara yang amat berkesan tapi ada risiko. Sekarang ini, racun yang ada membuatkan tikus sering mencari air. Takut2 ianya mati dalam bekas tadahan. Pesan chegu tutuplah bekas air terutama tangki air dalam rumah, takut-takut dah kembung perut sampai jadi tulang rangka tapi anda enjoy mandi dan minum air itu..ughh
Sekarang ini banyak cerita kes kematian gara-gara kencing tikus. Em, pesan chegu janganlah ketempat rekreasi hutan lipur ke, or air terjun... .. pergi tempat yang telah diselenggara dengan baik macam air terjun kota tinggi. Berbayar, tapi pengunjung tidak membawa makanan yang nantinya bersepahan dan mengundang tikus.
Sampai disini saja petuanya. Selamat mencuba. Sebarang kekecewaan, chegu jangan dikecam, ilmu bermanfaat dikongsi bersama
meremang bulu tengkuk tengok tikuih tu... erkkk
BalasPadamPernah masa kecil dulu kena gigit dengan binatang ni...
BalasPadamZH Blogger
Mungkin saya boleh kongsi satu produk yg sy jumpa di internet. Kalau2 dapat membantu. Lagi sesuai utk org yg geli dan takut berhadapan
BalasPadamProduk ni nama Rat Repellent. Dari Jepun. Produk ni keluarkan bau yg sebabkan tikus tak selesa dan lari.
Boleh tgk kat website nie
www.tenringgitshop.com
Semoga berjaya selesaikan masalah
saya tengah bergelut dgn masalah "mak iti" ni.. beberapa hari lepas kene gigit terus ke klinik ambil injection.. Dr kata kalau x ambil blh risiko lumpuh .. so hari ni baru start guna serbuk lada hitam . harap2 berkesan lah.. niat nak halau aje tp kalau degil jgk xnak keluar maka terpaksalah guna racun tikus
BalasPadamSaya pulak balik kmpung 2 minggu..balik je rumah, kt dapur bau mak iti kuat sgt..bermaharaja lela betul dia..
BalasPadamKalau dalam keta macam mananak keluarkan ye
BalasPadamKalau dalam keta macam mananak keluarkan ye
BalasPadamAs claimed by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh on average 42 lbs less than us.
BalasPadam(And realistically, it has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING to do with "how" they are eating.)
P.S, What I said is "HOW", and not "what"...
TAP on this link to reveal if this short test can help you discover your true weight loss possibilities