Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 24 Januari 2014

PKBM Orentasi Pelajar Tingkatan 1 - Sek Tinggi Kluang

Hari ini seharian pelajar tingkatan 1 diorentasikan oleh Unit Beruniform PKBM. em Chegu sendiri pun tak tahu apakah PKBM ni. Selepas google barulah dapat tahu rupanya ianyanya adalah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, salah satu unit berunifom berasaskan Tentera Malaysia. dah jadi guru penasihat, tu yang kena ambil tahu... dohh
Bergambar dgn barisan AJK (Fasi)
Berbeza dengan pengalaman chegu masa di sekolah di pedalaman sabah. Dulu semuanya dari peringkat melatih, mengelola dan kewangan 100% tenaga chegu. Bezanya sekarang, semua pelajar kat Sekolah Tinggi Kluang telah didedahkan dengan asas badan berunifom. Senang, sebab ada dah majlis tertinggi PKBM yang mengatur dan melaksanakan program. Chegu? Buat Ape?? em sekadar penasihat 20 persen. Program orentasi ni tujuannya melatih rekrud baru sambil mencari pelapis bagi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dalam masa terdekat dan mencari AJK tertinggi untuk mewakili tingkatan 1.

Program start pagi jam 8. Tapi sebab ketua Penasihat Cikgu Faiz ada, Chegu datang sebelah petang selepas solat Jumaat. Sampai je diaorang dah start latih kawad kaki. Pagi diaorang ceramah je.
Melatih Kawad Kaki
Pengerusi menunjuk cara kawad, em chegu tak tahu nama dia, panggil Shrek, ala budak ni yang tahun lepas masuk cerita Shiro dalam TV Warna, dia duduk belakang ajak masa kenakan cikgunya dengan cicak. Hehe, kira mahu juga nak menumpang popularitinya... hehe, layakkkkeeeee?

Chekpoint Ikatan dan Gajet
Mengupas kulit kelapa dengan batu

Masak ikan dengan bara

Majlis Penutup dan menerima sijil penyertaan

AJK baru
Memang best. Tak sangka sangkaan chegu meleset sebab dulu ingatkan pelajar pedalaman je yang tahan lasak, kat STK ni pun tak kurang juga (sorang ni je la). Yang lain lembik je. Cuma chegu tak tengok lagi kalau buat survival di hutan. Ni kat sekolah je. Tapi, tengok gaya, semua pelajar boleh diharap. So sangkaan pelajar kat bandar ni tak tahan untuk pekara-pekara lasak perlu diubah sikit, tak semua ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt