Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Sabtu, 1 Mac 2014

Selamat hari lahir 29 Februari 2014

Buat insan yang kad pengenalannya dengan digit xx0229-xx-xxxx - Semalam takde 29/2/2014 - Ohh macamana nak sambut hari jadi ni. Tarikh lahir anda tidak ada pada tahun ini. Istimewa buat anda, selamat menyambut hari lahir!


Sebenarnya 2014 tiada dalam kelendar, cuma tarikh rekaan je semata-mata. Chegu tertarik terdengar celoteh JoHaRa pagi di ERA..(radio era lah).. menyanyikan lagu selamat hari lahir buat mereka yang tarikh lahirnya pada 29 Febuari.

Walaupun sambutan hari lahir ni tidak pernah dianjurkan dalam islam, tapi mengenang waktu kelahiran sangatlah perlu kerana sakitnya melahirkan hanya Ibu sahaja yang tahu.. Mengenang jasa amat penting, Hormatilah ibu kamu sentiasa.. bukan waktu hari jadi je!

APA ITU TAHUN LOMPAT

1. Ia berlaku dimana apabila ada 29 hari pada bulan Febuari. Biasanya bulan Feb hanya 28 hari sahaja. ia akan berlaku 4 tahun sekali. Maknanya tahun ini akan ada 366 hari berbanding 365 hari. (tengok - kan ada gunanya math ni)

2. Tahun 2012 merupakan tahun lompat. Maka akan berlaku balik tahun lompat pada tahun 2016. dan seterusnya lagi 4 tahun akan datang

3. Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.

4. Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Chegu...

    Selamat berhujung minggu dan salam ziarah dari Bunda...
    ha ha.. kesian kan pada mereka yang lahir pada 29 feb tahun lompat melompat ni...nasib lah kan, mereka menyambit besday 4 tahun sekali...
    Tapi unik lah bagi mereka...yang takde pada orang lain...
    Anak bunda pulak tarikh roadtax keretanya juga 29 feb.... tak pulak ada keistimewaan apa2 tiap tahun...camne tu?? he he..

    Terima kasih sudi ke Teratak Bunda...

    BalasPadam
  2. nice entry....siapa ler yang lahir pada 29 februari yea...

    BalasPadam
  3. saya punye birthday bulan 3.
    bertambah umur lagi la jawabnye..haha

    BalasPadam
  4. kesian gak org yg birthday 29 feb ni kan? tapi takper, cuma birthday ke pun, yang penting umur bertambah dan makin dekat akan kematian ;)

    BalasPadam
  5. maths juga ye chegu: kesian gak lah pada insan2 yg dilahirkan 29 feb ni..4 tahun sekali sambut bday,kalau yg dah dewasa tu oklah lagi bila2 kanak2 yang tertunggu nak sambut bday tu buatlah 28/2 atau 1/3 kan..

    BalasPadam
  6. Actually they still can celebrate birthday on islamic calendar or lunar calendar.

    BalasPadam
  7. itulah..bulan lompat..
    so klau yg tarikh x de..boleh je sambut sehari awal he..he..
    ataupun setiap 4 tahun baru sambut :)

    BalasPadam
  8. untung mereka yg lahir pada tahun lompat ni.. orang lain dah berumur 40 tahun (40 kali sambut besday), dia baru 10 tahun (10 kali sambut besday).. hehehe

    BalasPadam
  9. aahh baru teringat yang anak sedara saya ada lahir pada tahun lompat..

    BalasPadam
  10. setakat nie belum pernah jumpa in person orang yang lahir pada 29 feb nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  11. Tarikh unik ni... kalau ada yang tarikh lahirnya ni 29/2 jom komen..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. anak sy 29 feb 2012.. :) :) xde masalah.. sambut 28feb atau 1 mac atau 7 rabiul akhir 1433.. tp macam mana pun sambut sabtu atau ahad jugak kan.. hahahah..

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt