Ahad, 20 Oktober 2013

Mesen Pancing Banax

Cikgu kat Sek Tinggi Kluang ramai juga yang minat memancing. Jadi chegu dah survey barang pancing baru. Tak banyak la kedai pancing kat Kluang ni. Ada pun banyak jual barang pancing ringan-ringan je. Eh lupa pula rupanya memang nak cari yang ringan je sebab bukan macam dulu kat Sabah tu sampai bawak perahu sendiri.

Kalini cikgu2 STK merancang nak pancing santai di kelong je. Apa lagi hanya teknik dasar je lah. Mancing guna apollo je la. Tapi mesen pancing cikgu jenis kategori ikan besar je. Jadi cikgu beli lah mesen untuk tujuan ni



mesen : banax Ceres 800
Spec : 6 bearing system, worm shaft mechanism, left or right hand retrieve


Ok lah. ringan kalau banding mesen sebelum ni. Chegu plan guna untuk casting dan memancing dasar. Cuma takde pilihan tali lah. Tali sulam (braid) boleh muat 100m. halus tali ni sebab kekuatannya sampai 50 pound. warna je tak mengancam, takpe la, dah terbiasa beli tali besar takut terlepas ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt