Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 31 Disember 2013

Cerita Rakyat - Kura-Kura dengan Raja Ungka


Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkawan dengan seekor kera yang nakal dan tidak bertimbang rasa.

Apabila Si Kera tersebut mati, Si Kura-kura mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling untuknya. Si Kura-kura menjadikan seruling tersebut mainannya. Seruling itu dibawanya ke mana-mana sahaja dan ditiup semasa dia kesepian.

Kemerduan tiupan seruling Si Kura-kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja Ungka berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Dia melakukan pelbagai cara untuk memperdayakan Si Kura-kura.

Setelah berjaya memperdayakan Si Kura-kura, Raja Ungka dapat merampas seruling tersebut dan terus membawa seruling itu naik ke mahligainya , iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang.

Bagi Si Kura-kura. perbuatan Raja Ungka itu amat melampau. Dia sedaya upaya berusaha untuk merampas kembali seruling kesayangannya itu. Si Kura-kura mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi.

Dalam usaha merampas seruling tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang parah kerana disepit oleh Si Ketam Gergasi. Raja Ungka yang parah telah menggunakan perkhidmatan beberapa orang bomoh untuk merawatnya.

Akhirnya , kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka. Itulah akibatnya yang diterima oleh Raja Ungka disebabkan sifat tamak haloba

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt