Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu. " Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon."
Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?" "Boleh, mintalah apa-apa sahaja, akan saya kabulkan permintaan anda," kata Tukang Sihir.
"Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman.
"Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya.
" Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihire dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu
Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng
superrr
BalasPadam