Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Rabu, 21 Disember 2011

Kedai Pancing - Teluk Intan - TCE Tackles


Sempat chegu ambil gambar kedai pancing kat teluk Intan Perak. Lokasi nya betul-betul berdekatan dengan sungai perak di jalan bandar dekat dengan menara condong teluk intan, dari lembaga tabung haji terus ke pusat bandar
TCE Tackles
Alamat : 6, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan. 
Tel : 605-6215089
masa operasi : 9.30am - 6.30pm

Peta TCE Tackles

Rabu, 14 Disember 2011

Jelajah 2011 - Siri 4 - Kuala Lumpur

12 Dis 2011 - Dari Ipoh, chegu terus ke Kuala Lumpur mencari kawan-kawan lama masa belajar di UTM, Skudai.

Amboi - makan sakan
Misi jalan shopping sakan terus dengan Minor. Mula-mula ingatkan nak drive terus ke Sungei Wang Plaza, Lupa pulak cuti umum selangor, jalan sesak dah. Terus parking sebab takde keje nak redah jammed 2-3 jam. Lama dah tak naik LRT & monorail ni. Sekarang LRT pakai token, monoral tiada berubah pun. Teruja sikit sebab lama duduk kat Sabah tu, macam orang kampung baru keluar kebun, hehe...

Monorail - stesen titiwangsa
Sampai je terus makan sebab dari awal pagi hanya sarapan nasi dengan telur kenduri kawin semalam cecah budu. Kitaorang makan kat Deli France. Chegu makan bolognese Spaghetti ada dua garlic bread. Ada pastry inti ayam, ayam rendang dan tuna. Air ice lemon tea. Menyesal sikit, tuna takde isi sangat.

Makan kat Deli France, Sungei Wang dgn Minor
Membeli-belahlah cikgu sampai ke malam, lepas tu chegu ke Lot 10, trus ke Pavilion, saja-saja bergambar. Kebetulan ada end year sale, boleh la ... janji kena ada duit.

Dekat pokok krismas pun jadi...
Depan Pavilion - beruang2 mewakili negara-negara dunia
Happening sikit kat pavilion ni. Ramai yang bergambar-gambar dengan beruang-beruang mcm dalam gambar atas. Punyalah berjalan sampai kat Pavilion tu terlupa monorail habis jalan jam 10, Macam tak puas lagi jalan..

Samsung SII - guard
Cuma kongsi beli aksesori samsung S2 je. Guard kat atas ni dari getah, RM 25 langsung takbleh kurang. Ade ke patut suruh beli 2 barulah dapat less, RM40, ingat kitani beli hp sampai dua biji. Takpe lah beli juga sebab senang buka cover belakang kalau nak tukar bateri. Ada banyak warna terutama pink, tapi chegu pilih hitam juga supaya takde apa2 beza

Jadi setelah mengira-ngira kos secara kasar, jauh perjalanan dari Kluang ke Ipoh dan balik semula, chegu ngan kelisa tu adalah dekat-dekat 1,140 km dengan jumlah minyak RM 120 dan duit tol sebanyak RM 70. Ini termasuk bersiar-siar dan tersesat jalan. Chegu memilih mengisi minyak dari stesen shell je. Memang terbukti jimat. Chegu mengisi penuh dari KL sampai Kluang, Johor minyak baru RM 35.

-tamat-

Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4

Jelajah 2011 - Siri 3 - Lost World of Tambun

11 Dis 2011, Ahad - Selepas majlis kahwin, terus chegu dan cikgu salmi sekeluarga ke Taman Tema Sunway City, Ipoh - Lost World Of Tambun, Perak. (Lost City)

Lost World of Tambun ni buka hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat dari 11 pg hingga 6 ptg. Untuk hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan cuti umum, ianya dibuka dari 10 pg hingga 6 ptg.

Ada spa kat sini, Waktu operasi Lost world hot springs & spa 6pm - 10pm. Crystal Spa 3pm - 10pm. Untuk aromatherapy Massage, 60 min = RM130, 90 min = RM180 dan Head & Shoulder Massage 45min = RM80.

Pintu Utama - Lost World of Tambun


Discount Voucer - satu tiket ni untuk 6 orang dapat diskaun
Harga tiket masuk bagi dewasa RM 45 dan kanak-kanak RM 38. Kanak-kanak di bawah 90cm pula percuma. Kena sukat dulu tinggi anak-anak supaya tak terbayar yang tak patut. Ada pengukur tinggi kanak-kanak disediakan. Seronok dapat diskaun voucher kat gambar atas tu, harga tiket RM 41.

Ha.. seronok la mandi kat taman penuh sesak dengan orang, mana tidaknya hari cuti. Tak ambil gambar masa mandi sebab censor sikit. Gambar kat atas ni banyak gambar di petting zoo, ada macam-macam jenis unggas, arnab, ferret, ular. Barulah kali pertama chegu  pegang ular ni., rasaya licin bersisik tapi suam-suam. Hee geli gak.

Cenderahati kenang-kenangan, magnet fridge
Ada macam-macam tarikan kat sini lagi, Ada tiga mainan yang agak-agak tak patut anak2 yang kecil naik. Terutama Kapal macam buaian, Kita orang tua ni memang seronok. Kemudian ada keretapi, melihat harimau, Slide 8tube, kolam air panas, kolam massage sendiri, kolam untuk kanak-kanak, kolam macam kat pantai, dan ada lorong air, dicadangkan sewa pelampung 8tube RM 12 & deposit RM10. Kitaorang disini dari jam 2 sampai jam 6.

Yang tak best diaorang tak bagi bawak makanan sendiri. Tak seronok la kalau keluarga nak pinik. Makanan kat dalam ni dahlah mahal tahap gaban. Tak patut... Tapi macam dah trend la mana2 tempat rekreasi semuanya mcm nun. Lepas tu tekan habis-habisan kat pengunjung. Kalau macam ni, sekali je la... lain kali haram

Homestay di Chemor, Perak
Malam Chegu menumpang di Homestay yang dah ditempah awal-awal oleh cikgu salmi. Rumahnya lebih kurang sama macam rumah cikgu syah beli, mana taknnya dekat je, rumah ni fasa 1, syah beli fasa 2. Ada 4 bilik dengan 2 tandas. Semua kemudahan asas ada, sesuai untuk seisi keluarga kalau nak menetap. Pemilik homestay nilah yang bagi voucher diskaun tadi.

Nama : Seri Desa Homestay, Chemor, Perak
Harga semalam : RM110
Tel : 016-5455995

Sambungan...
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4

Jelajah 2011 - Siri 2 - Jemputan Kahwin Shah, Chemor, Perak

11 Dis 2011, Ahad - Dari Teluk Intan chegu terus ke chemor, Perak untuk kemajlis kawin cikgu syah. Chegu dengan cikgu salmi sekeluarga saing sampai.



Sempat la bergambar di pelamin, tema coklat, biru. Cantik. Tahniah Cikgu Syah dan Cikgu Noley. Doa berbahagia dan berkekalan dunia dan akhirat.

Sambungan...
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4

Jelajah 2011 - Siri 1 - Teluk Intan & Pasir Salak, Perak

10 Dis 2011, Sabtu - Lama dah chegu duduk-duduk di rumah. Takde kemana-mana. Maka atas jemputan cikgu shah untuk majlis kerja kahwin di Chemor, Perak, jd chegu nekad jalan jauh-jauh ni. Dari Kluang, Johor, chegu bertolak seawal jam 9.00 pg. Terus destinasi ke rumah cikgu Hidayat, kawan lama chegu masa di MPRM dulu. Chegu tumpang menginap di rumahnya sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di Teluk intan dalam jam 4.00 ptg, jauh tu dalam 7 jam jalan, berhenti dua kali sebab nak isi minyak. Kira-kira 566 km. Chegu naik kelisa adik, tol RM52.10, minyak dalam RM 50.

Menara Jam Condong, Teluk Intan
Rumah Hidayat dah tak ingat sangat kat mana. Tapi dah dekat dengan pasir salak dan kampung gajah, Perak.

Sawah Padi - ciannye, orang Johor
yang jarang tengok padi, seronok ooo

Seawal pagi chegu jalan-jalan melihat suasana sawah padi, sambil-sambil menghabiskan masa kerana budget nak ke kenduri kawin tengahari.

Dataran Bakap

Tak banyak info, chegu jalan-jalan sambil snap gambar.

Sambungan...
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Siri 4

Selasa, 13 Disember 2011

Sifir Gaji Guru 2012


Ramai yang tercari-cari sifir gaji guru ssbpa tahun 2012 nih. Tak pasti ini yang betul. tangga gaji dari DG29 - DG2-1 | DG32 - DG2-2 | DG34 - DG2-3 | DG38 - DG2-5 | DG41 - DG1-1 | DG44 - DG1-2 | DG48 - DG1-4 | DG52 - DG1-5 | DG54 - DG1-6 |

Jumaat, 9 Disember 2011

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012

Tahun 2012 - jadual tarikh gaji semua kakitangan awam, maka ramai yang tertanya bila nak gaji sebab dah nak raya. Raya cina 23 & 24 Jan 2012, Raya Puasa / Aidilfitri 19 & 20 Ogos 2012, Raya Haji / Aidiladha 26 Oktober 2012 dan Deepavali 13 Nov 2012.

Jadi dah tahu ada gaji yang keluar awal, kenalah atur betul-betul, macam sesak benar hujung tahun ni. Beringat lebih baik

Gaji Guru naik 2012

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.

Pekeliling perkhidmatan bilangan 13 tahun 2011 - Pegawai Perkidmatan Pendidikan Persekutuan
=== Download di sini Skim SBPA - Guru ===
tunggu 5 saat dan tekan skip ads

Lampiran Pekeliling

LAMPIRAN A
A Glosari Istilah
LAMPIRAN B
B1 Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
B2 Format Iklan
LAMPIRAN C
C1 Jadual Pemindahan Bagi Menentukan Gaji Minimum - Maksimum Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Awam) Yang Menerima Opsyen SBPA
C2 Contoh Kaedah Pelarasan Gaji Bagi Tarikh Pergerakan Gaji Yang Sama Dengan Tarikh Kuat Kuasa SBPA
C3 Contoh Kaedah Penetapan Gaji Bagi Tarikh Kenaikan Pangkat Yang Sama Dengan Tarikh Kuat Kuasa SBPA
C4 Contoh Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan
C5 Jadual Gaji Sebaris Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
C6 Contoh Kaedah Pemindahan Gaji SSM Ke Gaji SBPA
C7 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
LAMPIRAN D
D1 Senarai Imbuhan Tetap
D2 Senarai Elaun
LAMPIRAN E
E Senarai Kemudahan
LAMPIRAN F
F Opsyen Umur Persaraan Paksa
Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Digabung, Dinaik Taraf, Penarafan Semula Atau Pemansuhan Fungsi
LAMPIRAN G
G1 Surat Tawaran Opsyen SBPA
G2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA
G3 Borang Opsyen SBPA
G4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai
Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA Dan Dihapuskan Jawatan
LAMPIRAN H
Pegawai Yang Telah Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
H1 Surat Tawaran Opsyen SBPA
H2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA
H3 Borang Opsyen SBPA
H4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai
LAMPIRAN J
Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
J1 Surat Tawaran Opsyen SBPA
J2 Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA
J3 Borang Opsyen SBPA
J4 Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai




amacam - ada faham ke?? macam kurang faham juga. Lepas ini dah tak pakai DG lagi...

Seseorang guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.
Untuk makluman, selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

Perubahan Gred DG
1) Guru DG41
Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230

Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44
Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48
Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52
Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54
Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

Huraian Sukatan Pelajaran Sains (BM)

Chegu melihat respond pencarian google, banyak yang mencari HSP Sains. Mungkin laman kementerian bz.

Post chegu sebelum ini hanya ada HSP Matematik sahaja. link = http://cheguzam.blogspot.com/2011/11/sukatan-pelajaran-matematik-bahasa.html

Jadi disini ada huraian sukatan pelajaran (HSP) SAINS Teras dalam bahasa melayu bagi tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5.

download
HSP Sains Teras Tingkatan 1
HSP Sains Teras Tingkatan 2
HSP Sains Teras Tingkatan 3
HSP Sains Teras Tingkatan 4
HSP Sains Teras Tingkatan 5


Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download


hiasan

Selasa, 6 Disember 2011

Info - Jimatlah elektrik

PUPUK TABIAT JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA SEMENJAK KECIL LAGI

Dalam cuti sekolah ni, tak banyak benda nak buat kat kampung ni, chegu pun terdengar adik tertipu dengan TNB sebab tersalah kira bil elektriknya. Bulan lepas RM 98, tak logik kalau orang bujang pakai elektrik. Mana tidaknya, dah seharian kerja, duduk rumah kurang dari 12 jam. Tapi bulan ini bilnya jadi RM0, ok la tu tak payah bayar la bulan mendatang.

Jadi enry kali ni chegu nak kongsi info berkenaan elektrik. Benda ni tiap kali kita guna tapi tak peduli langsung. Hee.. teringatlah chegu iklan pewangi pakaian, downy - jimat elekrik - ada kena mengena ke?

Pemikiran kanak-kanak muda diibaratkan sebagai sekeping kertas putih. Sebarang maklumat yang diberikan kepada mereka secara berulang kali akan kekal dalam sanubari mereka dan akan berkekalan seumur hidup. Jika tabiat baik ingin dipupuk dalam diri mereka, maka ia hendaklah dilakukan semenjak mereka kecil lagi.

Banyak kajian telah dijalankan tentang perkembangan badan dan minda, tabiat dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya kajian yang dilakukan oleh ’Institute for the Study of Child Development, Department of Pediatrics at UMDNJ-Robert Wood Johnson Medical School’ dan ‘Department of Pediatric Dentistry, School of Dentistry, Aichi-Gakuin University, Nagoya, Japan’ dan banyak lagi di negara-negara lain. Secara amnya, semua kajian ini merujuk kepada pembentukan tabiat dalam kalangan anak-anak muda, khususnya dari umur 2 hingga 6 tahun.

Ibu bapa hendaklah memikul tanggungjawab untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan anak-anak mereka. Kanak-kanak belajar dengan memerhatikan tindak tanduk ibu-bapa mereka dan mengikut jejak langkah mereka mengikut pemerhatian itu. Jika para ibu bapa ingin memberikan pengajaran ini kepada anak-anak mereka, maka mereka juga haruslah mempraktikkan amalan ini terlebih dahulu untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.

Guru-guru di sekolah pula berperanan sebagai ibu bapa kedua bagi kanak-kanak. Tugas guru-guru adalah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga semasa di sekolah. Kerja chegu la ni. Pengajaran yang efektif adalah hasil gabungan pengajaran dari segi teori dan juga praktikal.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga harus memberi tumpuan yang serius kepada aspek pendidikan kecekapan dan penjimatan tenaga untuk kanak-kanak mulai sekarang dengan menyediakan sukatan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Malah kesannya akan dirasai jika pendidikan tentang kecekapan dan penjimatan tenaga dapat dipupuk semenjak peringkat tadika lagi!

Malaysia memerlukan generasi yang akan mendorong dan memajukan teknologi hijau untuk menangani masalah iklim dunia. Jikalau objektif ini hendak dicapai, di manakah ia harus dimulakan?

Titik permulaannya adalah dengan menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam diri seseorang individu. Sebagai langkah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga di kalangan anak-anak muda, Kempen SWITCH yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia pada tahun 2010 di seluruh Malaysia untuk mendidik kanak-kanak memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga.

Kempen tersebut mendapat sambutan baik dan telah menolong segolongan besar kanak-kanak sekolah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga. Memang sebaik-sebaiknya tabiat untuk memupuk kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga dimulakan sewaktu di peringkat usia muda lagi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, sepertimana pepatah Melayu, ’Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kanak-kanak merupakan penerus bagi generasi pada masa ini. Oleh itu pendidikan awal kecekapan dan penjimatan tenaga kepada mereka amat wajar sekali. Contoh-contoh kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga yang boleh diajar kepada kanak-kanak adalah seperti berikut;

Ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka untuk menutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cara menutup suis juga perlu ditunjukan bagi pendedahan praktikal.

Ibu bapa menasihatkan anak mereka untuk menutup kipas angin dan menunjukkan caranya juga.
Mengajar mereka cara untuk memperlahankan kipas angin untuk mengelakkan penggunaan tenaga secara berlebihan.

Pelbagai contoh lain boleh difikirkan untuk membantu kanak-kanak menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga.

Pekara kecil yang patut kita mulakan cuba tengok charger handphone kita kat sebelah tu, dah penuh baterinya ke? kalau dah rajin rajinlah bangun dan tutup suiznya kerana sedikit sebanyak dapatlah kita berjimat. Mana-mana peralatan elektrik seperti cerek elektrik dan mesen basuh yang tidak digunakan suiznya perlulah dimatikan.

Dan..dan... terus tutup charger samsung s2
(d0t...) Ai nah, jangan aisboxnya di matikan sudah bah...

Jumaat, 2 Disember 2011

Candid Time Contest

Kalini chegu nak join segmen contest belog muna rahimah. Sape tu. janji join. Syaratnya letak gambar candid....

Amacam .. candid ker??
Gambar dari War Memorial, Kundasang, Sabah @ gunung kinabalu
Banner dan Link blog bawah nie



Jadi kena tag kengkawan. Nah ni listnye

(a) http://catsnkitten.blogspot.com/2011/09/cat-gallery-2.html#axzz1fM4fVaqc
(b) http://syedazmansyedismail.blogspot.com/2011/10/australia-here-i-come.html

(d0t...) boleh menang ker??

Khamis, 1 Disember 2011

Santai - Jesselton Point

Macam dah ketinggalan sudah post chegu ni. Ni dia salah satu tarikan kat Kota Kinabalu, Sabah. Jeti ke taman Negara Tungku Abdul Rahman.

Taman negara ni terdiri daripada 4 tarikan pulau yang memang cantik-cantik untuk dilawati. Pulau-pulau tu adalalah Manukan, Sapi, Mamutik dan Sulug. Ada satu lagi pulau besar iaitu Pulau Gaya tapi pulau tu besar dan berpenghuni. Kalau nak ke sana dengan budget sederhana, ikut jeti ni, tapi kena survey harga tiket dulu. Tahun ni chegu tak jadi nak bawak kengkawan ke pulau ni sbb banyak halangan.

Chegu ke sini saja-saja santai sebab boleh minum-minum petang dan tengok suasana senja.

Pintu gerbang Jesselton Point,
Kota Kinabalu, Sabah

Minum petang, kat Asian Cussine - ABC, Cincau dan Cendol (sedap yg lain x sedap)

Rabu, 30 November 2011

Hotel - Kota Kinabalu, Sabah

Sebelum chegu pulang ke semenanjung, menginaplah chegu di Rainforest Lodge, Kota Kinabalu. Betul-betul berhadapan dengan pasaraya Milimewa.


Papan tanda hotel depan milimewa KK

Hotel ni bukanlah budget hotel, semalam untuk singgle bed RM 110, siap dengan breakfast. Kawan chegu yang rekemen, ada special sikit lah, hheeee

Bilik No 21 - single bed

Ada singgle bed, bilik air, flat screen tv, aircond. Kat luar ada tempat bacaan, class tu cuma masa chegu tengok-tengok takde sape pun kat sana. Tapi kalau orang luar, rajin diaorang baca buku tu.

Koridor
Malam bawah koridor memang happening. Ada live band. Ramai pelancong asing datang singgah santai kat sini.

Maka macam biasa la chegu gatal tangan nak bagi rating (drp 5 bintang)
(a) Suasana 1 bintang - sbb bising sikit,tapi kalau dah mmg suka life mcm tu x pe kot
(b) Kemudahan 2 bintang (tak luas mana tapi mcm xclusive sikit)
(c) Koridor 3 bintang (luas giler)
(d) Overall 2 bintang (tak la membanggakan ... dah la mahal dik oii)
Bayaran mahal untuk beberapa kemudahan yang asas saje. Bukan hotel untuk budget dan mahal bukan taraf hotel kelas atas. Kebersihan saja tahap yang baik.

Rainforest Lodge, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Alamat : Lot 48, Groud floor & 1st Floor, Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-258228

Selasa, 29 November 2011

Android Live Wallpaper

These are some live wallpapers for android. Suits lovely for samsung galaxy S2. These are some .apk downloads

Digital Hive


3D dancing Android boy
Download Link = 3D Dancing Android Boy

Spring Live

Completely free -  no need for widget like clock, calendar, battery indicator built in. You can customize the position in the live wallpaper setting.
Download link = Spring Live Wallpaper - Flying Butterfly

(d0t...) Betul-betul takde keje chegu ni

Sabtu, 26 November 2011

Makan Malam Sihat

Tips Makan Malam Yang Sihat

Hiasan - Mee sup

Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi?

Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan. Kepentingan makan malam dengan cara yang sihat

1. Jika anda tidak mengambil makan malam, perut anda akan kosong. Ini akan menyebabkan hormon ketegangan akan meningkat dan badan mudah menjadi letih. Oleh itu keesokan harinya anda akan bangun dengan keadaan yang lemah dan kurang ceria.

2. Jika anda tidak mengambil makan malam, kadar metabolisma badan akan berkurang. Ini akan menyebabkan badan akan menyimpan lebihan kalori yang akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

3. Pastikan anda mengambil makan malam pada waktu yang betul iaitu sebelum pukul lapan malam. Ini akan dapat mengurangkan risiko untuk anda mendapat batu karang pada saluran uretra. Ini kerana proses penyingkiran kalsium berlebihan akan berlaku dengan optimum empat hingga lima jam selepas makan melalui proses pembuangan air kecil.

4. Pastikan anda mengambil makan malam dalam kuantiti yang kurang dan lebih ringan dari makan tengahari. Kuantitinya harus sederhana dan berkhasiat. Ini adalah kerana tenaga yang diperlukan pada waktu malam adalah kurang dari tenaga yang diperlukan pada waktu siang.

5. Pada waktu makan malam, lebihkan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

6. Pastikan anda tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda terasa lapar pada waktu malam, pilihlah buah-buahan.

Jadi jangan kata diet sampai tak makan langsung. Salah tu. harus diingat fungsi badan seperti bernafas, berpeluh, berkelip mata juga perlukan tenaga.

(d0t...) siang makan.. tengahari makan.. malam pun makan ^_^

Jumaat, 25 November 2011

Khasiat Daun Pandan

Kegunaan, Manfaat dan Khasiat Daun Pandan

Nama Saintifik daun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves

Kena l- jgn tak kenal ni ha daun pandan


Memang kita dah tahu macam-macam daun pandan ni digunakan dalam masakan kita. Terutama kalau tengok kuih kalau dah kale ijau je - kuih perisa pandan lah lagaknye.. Saja chegu berkongsi kalau-kalau tak tahu, tak kenal maka tak cinte

Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.

Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.

- Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.

- Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.

- Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :

- Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas

Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

• Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
• Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
• Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
• Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

cadangan membaca : http://infosantai2.blogspot.com

(dot...) ai nah ... jangan barai pokok pandan blakang rumah nnt sudah.

Sukatan Pelajaran Matematik Bahasa Melayu

Tahun 2012 - bermulalah pengajaran di tingkatan 1 dan tingkatan 4 matepelajaran Matematik dalam bahasa melayu. Jadi terintai-intailah chegu huraian sukatan pelajarannya.

Macam tiada beza sahaja. Tapi baru peringkat awal chegu tengok. Apa-apapun, chegu akan update blog kalau ada perubahan silibus ni. Nota-nota menengah rendah (PMR) chegu kebelakangan ni ada juga chegu selitkan bahasa melayu. Nanti mungkin chegu akan sesuaikan atau buat posting baru nota-nota tu.

Untuk tingkatan menegah atas, lama sudah chegu tidak mengajar dan nota-notanya masih dalam kajian chegu. Semua nota chegu sesuaian dengan cara pemahaman pelajar supaya mudah difahami. Semuanya dirangka mengikut pengalaman chegu sendiri.

Tahun 2012 chegu masih lagi memegang hanya satu saja kelas matematik tingkatan 2. Lainnya mungkin subjek kemahiran hidup dan Matapelajaran Vokasional (MPV). Takdapat la peluang nak kaji lagi ilmu matematik ni untuk menengah atas.

Ni beberapa download HSP Matematik silibus baru 2012
HSP Matematik Tingkatan 1
HSP Matematik Tingkatan 2
HSP Matematik Tingkatan 3

tunggu 5 saat dan tekan skip ads untuk download k tekan disini untuk panduan download




hiasan
(dot...) Ini kali lah ... Kena beli buku teks baru la

Isnin, 21 November 2011

Kenangan 2011

Pulang sudah chegu ke semenanjung meninggalkan kenangan tahun 2011. Genap sudah 5 tahun chegu berkhidmat di Sabah ni.

Belog ni pun baru je chegu buat bulan 4, sebab tahun ni adalah sedikit masa dapat diluangkan kerana hati banyak happy.

Selamat tinggal kenangan di sekolah lama - tidak banyak perubahan dalam perkhidmatan chegu. Di sekolah baru, cabaran masih awal...

Beberapa coretan sepanjang tahun 2011 yang tidak sempat dirakamkan.

(1) 100 meter Lelaki bawah 18 tahun jadi kontroversi - nasib baik ambil gambar
(2) Pecah bumper, banjir awal bulan 1 - sampai sekarang tidak berganti
(3) Hari Guru 2011 - lama tidak sambut sejak 2 tahun sebelum
(4) XperiaX1 - terjatuh dalam lubang tandas raya pertama (masih dalam simpanan)

(1) Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Terbaik
(2) Meja chegu - laptop berjasa - tapi semua memo2 belakang tu
dah dibersihkan sebab kempan 3S oleh PPD
(3) Usrah Pinggan-Pinggan 2011
(4) Selepas 5 tahun tamat tempoh pasport ...
(t...) cawan warna-warni rumah syed - sorry tersumbing cawan
warna hijau (Tq utk satey daging korban tu)

Hasil tangkapan 2011 - baju jersy liverpool dijadikan seragam mancing 2011
- praktikal bila panas di laut - sekurang-kurangnya ada faedahnya
selepas meninggalkan kanibongan FC
Selamat tinggal Sabah - ceh macam dah tak balik lagi

Jelajah 2011 - Brunei (siri3)

Sambungan

Malam selepas jalan-jalan di kompleks yayasan dekat waterfront, kami terus ke The Mall, Gadong. Jalan kat Brunei ni langsung tiada papantanda jalan yang sistematik. Kalau tiada Navigasi GPS memang sesat malam tuh. Rupanya kat Gadong nilah rakyat brunei membeli-belah. Patutlah di pusat bandar lengang. Kebetulan cuti hjg minggu di sini hari Jumaat dan Ahad.

12 Nov 2011, Sabtu - Jerudung, Brunei

Hari Kedua - Pagi kami ke jerudung, satu lagi destinasi riadah. Tersesat jalan tersinggahlah di pantai jerudung.

Pantai jerudung - nelayan masing-masing mengangkut
perahu dengan menggunakan Prado

(1) Mercu tanda Jerudung Park
(2) Brunai Royal Polo - Kuda diraja buat main polo
(3) Taman Tema Jerudung - Tutup
(rupanya buka jam 4 ptg - hanya go-Kart je yang beroperasi,
lainnya macam dah expired tak terurus sudah taman tema nih)
(4) Posing di jalanraya

Hari kedua agak membosankan. Taman tema Jerudung dah usang. Indah kabar dari rupa, survey dalam internet macam best sebab luasnya taman tema ni sampai nampak dalam satelit.


Kami Jalan-jalan juga d universiti brunei, pun sama, tak besar langsung kampusnya. Tengahari terus kitaorang pulang.

Jelajah 2011 - Brunei (siri1)
Jelajah 2011 - Brunei (siri2)
Jelajah 2011 - Brunei (siri3)

Jelajah 2011 - Brunei (siri2)

11 Nov 2011, Jumaat - Bandar Seri Begawan, Brunei

Sampai di pusat bandaraya, kami berjalan-jalan dulu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei. Nasib baik ada sistem navigasi gps sempat download di Limbang

Pandangan Panorama Stadium
Dalam tersesat mencari hotel, kebetulan singgah di medan selera betul-betul di pinggir bandar Brunei.

Nasi Ayam Penyet - $2.50 sorang
(1) Snap depan stadium
(2) Lepas makan, dpt hotel menginap,
singgah di Brunei Arts and Handycraft Training Centre
(3) Jeti dekat gambar (2)

Lepas tu, kami ke pusat bandar. Pertama di dataran masjid. Masjid yang terkenal dengan kubahnya yang diperbuat daripada emas 24-k. Perlu diingat, kalau datang d Brunei, Pejalan kaki adalah diutamakan. Kereta yang patut memberikan keutamaan jalan tau. Nyaris2 chegu nak terlanggar orang.

(1) Masjid kubah emas dari pagar dataran
(2) Mercu tanda dataran
(3) Kasut (4) Latar belakang lain dataran

Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei


(1) Dasar tiang bendera untuk upacara rasmi
(2) Papan jalan dataran masjid (3) Papan tanda nama masjid

Snap-snap bandar seri bengawan
- papantanda kebanyakannya ada tulisan rumi dan jawi
- Brunei memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
negara.

Lewat petang, kami singgah di sungai kedayan. Kampung Air - destinasi popular kalau turun ke Brunei.

(1) Waterfront - sibuk perahu ulang-alik membawa penghuni
kampung air ke bandar.
(2&3) Snap2 depan mercutanda
Kalau singgah ke brunei mesti naik perahu ni. Mula-mula tidak tahu pun, tapi lepas ada tour dari satu penambang berlesen ni, kami stuju d bawak pusing2 sekitar kampung air. Kalau sampai pergilah ketepi sungai dan rajin-rajunlah bertanya macamana nak pusing-pusing kampung air kat perahu2 tu. Klau tak anda tak dapat jalan2 dengan kos yang murah..

(1) Tambang $3 seorang - 40 minit perjalanan
(2) Galeri Kebudayaan dan Perlancongan
(3) Tapak baru kampung tajaan Sultan Brunei - arkiteknye dari jepun
(4) Balai Polis (5) Masjid (6) Balai Bomba (7) Sek Ren Sungai Kebun
(8) perahu kutip sampah - siap dgn CCTV
(9) Pandangan dari sungai, Masjid Kubah Emas di tengah2
Lengkap!! siap dengan bekalan air bersih dan hospital. Kampungnya walaupun di sungai siap dengan keparluan asas dan macam-macam lagi. Tapi diaorang berkereta juga, cuma kena tinggalkan kat tebing sungai. Bersusun kereta2 tepi jalan kota dan di pinggir-pinggir bandar.

Jelajah 2011 - Brunei (siri1)
Jelajah 2011 - Brunei (siri2)
Jelajah 2011 - Brunei (siri3)

ShareIt