Khamis, 29 Ogos 2013

Download PBS Matematik Tingkatan 2

Disini menyediakan link download untuk guru-guru, soalan-soalan math form 2, evidens PBS.
hiasan

Amaran: Akan ada selingan iklan (ads) selama 5 saat.

Untuk download, [klik link dibawah]
Matematik Pbs bab 1 [http://adf.ly/Uvj5w]
Matematik Pbs bab 2 [http://adf.ly/UvjFv]
Matematik Pbs bab 3 [http://adf.ly/UvjKF]
Matematik Pbs bab 4 [http://adf.ly/UvjOZ]
Matematik Pbs bab 5 [http://adf.ly/UvjR2]
Matematik Pbs bab 6 [http://adf.ly/UvjWJ]
Matematik Pbs bab 7 [http://adf.ly/UvjZj]
Matematik Pbs bab 8 [http://adf.ly/Uvjdz]
Matematik Pbs bab 9 [http://adf.ly/UvjiJ]
Matematik Pbs bab 10 [http://adf.ly/Uvjm0]
Matematik Pbs bab 11 [http://adf.ly/UvjqC]
Matematik Pbs bab 12 [http://adf.ly/Uvjye]

Ahad, 11 Ogos 2013

Nilai-Nilai Murni dan Tafsiran

Tafsiran Nilai Murni:
BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Jumaat, 19 Julai 2013

Udang Galah, Renchong Muar

Lama dah tak turun mengail. Set joran chegu pun dah berkarat. Genap setahun kot dah tak guna. Nasib set-set mata kail masih tersimpan baik dalam bekasnya. Sempat letak bahan menyerap lembapan masa di kooperasi smk pinggan-pingan sabah dulu. Trip mancing ni pun tergesa-gesa sebab dah dapat pindah. Lepas macam-macam benda berlaku dalam masa serentak, tak sangka dapat lagi pindah. Ni rekod kedua sekolah chegu ngaja masa 6 bulan je.







Trip mencari sepit biru ni kat Rencong Muar Johor. Rakan guru 'udang telur' dah macam nelayan gamaknye. Dia ada rumah kelong di sungai Muar ni. Dia tak le minat sangat memancing, membelat lagi untung, saja memenuhi hasrat chegu mancing.

Trip satu hari suntuk seawal pagi dah mula. Chegu tidur di rmh rakit dulu. Malamnye tu tak dapat seko pun. Tapi pagi memang mengancam sikit, kebetulan air mula surut. Ada la beberapa ekor udang chegu dapat, kalah juga la dgn kwn chegu yg bwk bot tu. Joran pun chegu pinjam, mana nak berhasil sangat.


Sepit Biru Orang Lama naikkan


Rezki lepas rehat sekejap


sampai petang ngail

Hasil, adalah dekat 2 kg lebih
Ada dua jenis udang rupanya kat sini, satu jenis botol, sepitnya besar badannya pendek (gambar atas sekali), satu lagi macam gambar kat bawah ni, panjang sepit tak besar sangat. Pancing hari sabtu, ahad terus balik ke kluang suruh mak masak lemak cili api, sedap oooo. Cuma agak liat sikit yang besar2 tu. Belum nampak lagi cerita orang ada udang yang dah mencecah 1/2 kilo besarnya. Tu pun pancing di Jambatan Muar, dekat muara. Dari tempat chegu mancing ni agak2 dekat 2 jam naik perahu. Hajat nak mancing lagi cuma taktahu la bila pula.



Rupa-rupanya udang galah kat muar ni liat sikit nak lekat kat pancing. Asik terlurut je umpan. Nasiblah ikut pakar, ada lah beberapa teknik dia ajarkan, ingatkan macam mudah memancing, kat muar ni, udangnya sangat pandai dan cepat. Tak sama masa chegu m
ancing kat weston, beaufort, dan paitan, beluran di Sabah dulu.

Sikit je chegu nak bagi tip, rupanya kawasan memancing dekat muara, dan di sungai jauh dari muara ada beza. Kena menjangkakan keadaan dasar sungai juga. Kalau kawasan airnya payau, mungkin sebab arus pasang surut kurang lumpur, maka perambut pendek sangat efisyen. Ia bagi mengelakkan udang tidak dapat dikesan melarikan dan makan umpan begitu sahaja dan terlepas. Tapi kalau di kawasan yang airnya tawar, mungkin lumpurnya tebal, maka perambut panjang perlu supaya umpan tidak tenggelam dalam lumpur, udang tak nampak, batu pula mesti ringan sangat, ikutlah kesesuaian. Chegu masih tak mahir, jadi harap membantu serba sedikit. Kemahirannya sangat susah disebut, kena rasakan sendiri juga.

Maka, inilah terakhir kali chegu di Segamat, SMK Dato Bentara Dalam chegu tinggalkan dengan begitu sahaja. Takde ucapan selamat tinggal pun. Chegu pun dah terasa hati dengan layanan Pentadbirnya. Guru-gurunya nak buat majlis perpisahan, tapi chegu dah tak mahu dah jumpa, lagilah pulak membuat ucapan.

Sekarang chegu dah mengajar di SMK Tinggi Kluang. Akhirnya balik ke kampung halaman sendiri. Ada juga guru kat sini yang minat memancing. Mana tahu ada lagi trip mancing lain pula. Katanya nak ke endau Mersing. Tungguu je la.

Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu teruk dahhh..

Minggu ini, sek SMKDBD tengah buat sukan tahunan. Kebetulan, jerebu melanda. Minggu depan acara penutup pula. Macamana lah nanti ye...

Muar dah teruk. terkini 23 jun IPU 701, dah ishtihar darurat

Berikut adalah indeks udara, sumber Utusan Malaysia

Bacaan IPU antara 
0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik,
51-100 (sederhana), 
101-200 (tidak sihat), 
201-300 (sangat tidak bersih)
300 ke atas (berbahaya).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130617/dn_10/Enam-kawasan-catat-IPU-tidak-sihat#ixzz2WiM8D6ZR
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Apapun kena buat juga. Takde lagi amaran supaya berkurung kat rumah. Hari ini ngaja pun macam perit tekak. Bagus juga kalau tak keluar suara. Senang sikit.

Kesian juga la kat anak2 murid tu. Terpaksa diaoarang bertarung kat tengah padang dalam keadaan berasap semacam. Ada seloroh dari guru-guru, katanya ada orang mesen rumput kat tengah padang tu, NAMPAK tak?


Johor, terutama muar dah mencapai indeks 400 melebihi paras bahaya. Segamat langsung tak cakap apa2. Macamana ni.

 Terkini jam 7.00 pagi, 23 Jun 2013, ipu dah Muar 746, KotaTinggi 137, Pasir Gudang 127, Port Dickson 166. Dah diishtiar darurat...

Dinasihatkan orang ramai mengambil langkab berjaga2. 


  • Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti yang lasak di luar rumah.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok jika tidak ia akan memudaratkan lagi kesihatan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Ada yang mencari link untuk indek udara terkini - klik link ini -

ShareIt