Khamis, 15 Mei 2025

Yassin Penuh 1 Mukasurat


Surah Yasin Yassen yassin full one page, untuk mempermudah bacaan dimuatkan satu muka surat. Mudah untuk membaca, boleh download di sini, moga amalan baik berkongsi gambar ini untuk manfaat bersama, 
سورة يس
Yassin, yaseen




Isnin, 3 Jun 2024

Apk for android

Download tvmalaysia MyipTV4u


Sabtu, 20 Mac 2021

Bab 4 Poligon, Matematik Tingkatan 2 Video PDPR



4.1 POLIGON SEKATA - https://youtu.be/vbEefFHNQF8

SubTajuk - 4.1.1 SIFAT GEOMETRI POLIGON SEKATA - MENENTUKAN PAKSI SIMETRI - MEMBINA POLIGON SEKATA 


Sabtu, 20 Februari 2021

Bab 3 Pengamiran - Matematik Tambahan Tingkatan 5, Video PdPR

BAB 3: PENGAMIRAN

SubTajuk 3.1 Pengamiran songsangan pembezaan, 3.2 Kamiran Tak Tentu, Persamaan Lengkung daripada fungsi kecerunan - https://youtu.be/221Caq3G3kU



Rabu, 17 Februari 2021

Nota Matematik Tambahan Tingkatan 5

2021 - Nota ringkas dan padat untuk subjek matematik tambahan tingkatan 5. Chegu tulis dalam bentuk peta minda agar dapat belajar secara imbas kembali. Formula dan graf dimuatkan sekali. Nak lebih besar paparan TEKAN GAMBAR LAMA-LAMA DAN OPEN IN NEW TAB. Harap dapat membantu mengulangkaji cepat.

Bab 01 : Sukatan Membulat

Formula menukar unit radian kepada darjah dan sebaliknya, perkaitan ukuran, panjang lengkok, luas sektor bulatan

Selasa, 16 Februari 2021

Koleksi Soalan Jawapan Matematik Tambahan

Berikut merupakan soalan dan jawapan matematik tambahan. Ia di susun untuk mengikut kesesuaian KSSM. 

Tingkatan 5

Bab 01 Sukatan Membulat

Bab 02 Pembezaan



*masih dalam pembinaan

Sabtu, 13 Februari 2021

Bab 3 Rumus Algebra - Matematik Tingkatan 2, video pdpr

3.1 Rumus Algebra - https://youtu.be/2SS3j-CreQ8

3.1.1 Membentuk Rumus

3.1.2 Menukar Perkara Rumus

3.1.3 Menentukan Nilai Pembolehubah


Bab 4 Lukisan Berskala, Matematik Tingkatan 3, video pdpr

4.1 Lukisan Berskala - https://youtu.be/OXR2oaUScgI

(a) Hubungan ukuran sebenar objek dengan lukisan saiz objek berkenaan (b) Menentukan skala, ukuran objek atau ukuran lukisan berskala (c) melukis objek dan sebaliknya (d) menyelesaikan masalah.



Khamis, 11 Februari 2021

Bab 3 Kuasa Dua, Matematik Tingkatan 1, Video PDPR

BAB 3 : KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA


3.1 Kuasa Dua dan Punca kuasa dua - https://youtu.be/Gp2c1DgW0_Y

Tajuk kecil, (a) Kuasa dua sempurna (b) hubungan kuasa dua dan punca kuasa dua (c) mengira kuasa dua (d) mengira punca kuasa dua (e) mengguna kalkulator (f) megganggarkan nilai



Rabu, 10 Februari 2021

Bab 2 Faktor dan Gandaan, Matematik Tingkatan 1, Video PDPR

2.1 FAKTOR, FAKTOR PERDANA DAN FAKTOR SEPUNYA TERBESAR

Faktor, Faktor Perdana, Faktor Sepunya, Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)  - https://youtu.be/PQaCtjxT7Pw


Selasa, 9 Februari 2021

Koleksi Video Pdpr Matematik

Koleksi PDPR Video belum Lengkap Matematik dan Matematik Tambahan

2021 - Memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini bertumpu di rumah kerana pandemik Covid19, tugas mengajar matematik menjadi semakin sukar. Boleh dikatakan silibus dalam kssm matematik memerlukan pelajar memahami banyak kemahiran yang mana kaedah pembelajaran secara bersemuka Chegu Zam rasakan paling berkesan. Tapi apakan daya, kini tugas mengajar perlu dilaksanakan menggunakan media elektronik. 


Jadi disini Chegu Zam kumpulkan dan buat video amatur pdpr Matematik dan Matematik Tambahan (add math) mengikut Buku Teks KSSM. Setakat ini baru beberapa bab dan hanya beberapa tingkatan sahaja Chegu baru dapat hasilkan. Ini kerana masa terhad kerana nak sunting dan rakam video memerlukan komitmen yang tinggi. Kelas bersemuka pun masih nak kena buat. Chegu akan cuba buatkan supaya lengkap kesemuanya. Sementara ini berikut merupakan video yang dah diterbitkan. Yang lainnnya akan dt tambah dari masa ke semasa. 

Setiap tajuk akan ada link youtube disebelahnya |link youtube|. Harap dapat mempermudahkan copy paste ke media sosial / group whatsapp telegram cikgu-cikgu


Matematik Tingkatan 1

Bab 2: Faktor dan Gandaan

Bab 3: Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga


Matematik Tingkatan 2

Bab 1: Pola dan Jujukan

Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra

Bab 3: Rumus Algebra

Bab 4: Poligon


Matematik Tingkatan 3

Bab 1: Indeks

Bab 2: Bentuk Piawai

Bab 4: Lukisan Berskala


Matematik Tambahan Tingkatan 5

Bab 1: Sukatan Membulat

Bab 2: Pembezaan

Bab 3: Pengamiran


Jika ada tersalah bahasa, tersalah jawapan ataupun apa apa yang membuat sesiapa terguris atau terasa chegu mohon maaf sangat-sangat. Niat chegu hanya nak membantu. Mana ilmu bermanfaat chegu kongsi.

Isnin, 1 Februari 2021

Bab 2 Pembezaan - Video PdPR Matematik Tambahan Tingkatan 5


2.1 HAD DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBEZAAN
2.1a Nilai had suatu fungsi apabila pemboleh ubah menghampiri sifar - https://m.youtube.com/watch?v=Fi1bqbBm1EU 


Video PdPR Matematik Tingkatan 3 Bab 2 Bentuk Piawai


2.1 ANGKA BERERTI

2.1a Bilangan Angka Bererti

2.1b Membundarkan nombor kepada angka bererti tertentu - https://m.youtube.com/watch?v=ZlwpcUk-PTA


Ahad, 24 Januari 2021

Video PdPR Matematik Tambahan Tingkatan 5 Bab 1 Sukatan Membulat

Bab 1 Sukatan Membulat (KSSM)

INGAT kembali pengetahuan sedia ada | nota bulatan men rendah | nota bulatan mt spm|

1.1 Radian - https://m.youtube.com/watch?v=Cfj0gpWu5ng


Jumaat, 22 Januari 2021

Video PdPR Matematik Tingkatan 2 Bab 2 Pemfaktoran dan Pecahan Algebra

2.1 KEMBANGAN

2.1.1 Kembangan ungkapan algebra

2.1.2 Kembangan dua ungkapan algebra

Kembangan dua ungkapan dua kurungan - https://m.youtube.com/watch?v=qjpnzYx3MIQ


Rabu, 20 Januari 2021

Video PdPR Matematik Tingkatan 3 Bab 1 Indeks

1.1 Tatatanda Indeks

1.1a Pendaraban Berulang - https://m.youtube.com/watch?v=GWseqH5M5H4


Video PdPR Matematik Tingkatan 2 Bab 1 Pola Dan Jujukan

1.1 Pola

1.1.1 Mengenal Pola Nombor


Jumaat, 25 September 2020

Jual Wired Charger Phone

Phone charger chegu jual ni boleh gulung dan boleh cas phone terminal type c, micro usb dan juga ios. Senang dibawa kerana ianya tak berselirat.



Jumaat, 3 April 2020

Jom Membaca dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Untuk semua anak-anak didik yang tercari cari aktiviti pebelajaran online sepanjang tempoh PKP, chegu cadangkan ke pautan dibawah ini. Apa kata kita membaca di portal yang diperkenal Jabatan Pelajaran Negeri Johor.


Ianya berteraskan kategori bahan bacaan NILAM berlangsung sepanjang bulan April 2020 (PKP). Oh lupa ada hadiah misteri untuk poembaca terbanyak.

Nak join klik pautan ini

Ahad, 11 Disember 2016

KSSM Matematik Tingkatan 1

Mulai tahun 2017, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan diperkenalkan bagi mengganti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Bagi subjek Matematik, ianya dimulakan dengan Tingkatan 1 sahaja. Bab-bab yang diajar sangat berbeza dengan sukatan dahulu. Ianya disusun supaya pelajar sekolah menengah akan dapat menduduki ujian TIMSS dan PISA serta pelajar akan mudah Ditaksir mengikut standard/band pencapaian mereka.

Chegu disini berkongsi Dokumen Standard Sekolah Menengah (DSKP) dan Rancangan Mengajar Tahunan untuk Ting1 beserta versi Bahasa Inggeris untuk kelas Dual Language Programme (DLP) supaya mudah untuk di muat turun (download) untuk kegunaan guru-guru. Cuma Rancangan Tahunan tidak dapat dimasukkan silibus merentas kurikulum seperti pengajian kewangan dan keselamatan jakanraya.



Download 


ShareIt