ROTAN - RAMAI YG MENGAMUK SAKAN bila cikgu MEROTAN anak mereka disekolah.. Apa yang sedih sangat chegu zam sekarang ni anak-anak dah terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan dah tak sedar ilmu guru beri adalah sangat-sangat ikhlas dan tak diperdulikan. "Guru Ibarat Lilin" dah mendapat persepsi atau nafas baru dengan maksudnya :P, Guru dah macam lilin, ketinggalan zaman lah!!!.Rotan, hihi dah tak bertamadun okay.. KIkIkI
|
Chegu kena tindakan sebab menggunakan rotan ini masa PJK .... patut ke??? KiKiKi |
Ada juga mak bapak yang nak anaknya dirotan. Tapi macam dah banyak kenyataan akhbar dan kes-kes sekolah menyelar tindakan guru merotan ni. Sekarang cikgu pula yang Takut, Aik, macam terbalik je. Kalau ada yang terasa
chegu zam mintak maap la ye. Takut ooo, yang marah-marah ni kaya2 belaka, tak pasal-pasal chegu kena saman, chgeu bukanle kayo. Kalau kena saman, celah mana nak cari duit oiii.
Cuba renungkan penjelasan dibawah :-
Ibn Khaldun menyebut bahawa deraan rotan bagi pelajar yang di luar kawalan nasihat, harus dilakukan tidak melebihi dua kali sebatan. Sebatan itu pula bukan untuk menyakitnya, tetapi sebagai pengajaran dan kaedah cegahan sebelum pelajar itu bertindak satu langkah lagi ke arah jenayah yang lebih berat. Ini ialah langkah pencegahan.
Di Rusia, para pendidik mereka gagal menangani pelajar yang melakukan kesaalahan jenayah melampau termasuk ketagihan arak, najis dadah, mencuri, samseng, gangsterisme serta penyebaran penyakit melalui aktiviti seks bebas. Satu kumpulan penyelidik Rusia cuba mencari rawatan bagi ketagihan alkohol dan kegundahan melampau.
Ketua kumpulan saintis tersebut, Dr. Sargei Speransky menemui kaedah baru mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan sebatan berkali-kali pesakit yang terlibat. Kelihatannya kaedah ini agak ganas, tetapi itulah kaedah yang paling berkesan mengikut ketua penyelidik itu.
Ini, menurutnya, dengan sebatan di punggung, sejenis hormon akan dikeluarkan oleh badan manusia yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan alkoholik. Endorpin yang merupakan bahan kimia semula jadi badan manusia di dapati mudah dirembes keluar apabila sebatan punggung dilakukan berkali-kali. Bahan kimia ini dikenali sebagai kimia ceria atau happy chemicals yang bertindak menceriakan pesakit tersebut daripada kegundahan. Bahan kimia itu turut menghilangkan rasa ketagihan arak atau rokok.
Sebatan juga, mengikut pasukan penyelidikan itu, berjaya menyembuh ketagihan mencuri bagi sesetengah pelajar. Dalam sesetengah hal, mencuri barangan di pasaraya menjadi ketagihan golongan tersebut. Ada ramai golongan pelajar yang mencuri bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan hobi harian, yang lebih menjadi fenomenon akhlak. Mereka puas menerusi aktiviti tersebut. Ini juga boleh disembuhkan dengan sebatan tertentu.
HIV turut dirawat dengan sebatan dan kini klinik yang memberi rawatan dibuka secara meluas di Negara tersebut. Dr. Marina Chuhrova yang menjadi ahli penyelidik kumpulan itu menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan rawatan kepada 10 pesakit ketagihan itu dengan sebatan dan permintaan semakin tinggi selepas masyarakt melihat rawatan kaedah sebatan itu sangat berjaya. Pesakit menjadi lebih gembira selepas tamat rawatan walaupun pada awalnya mereka teragak-agak mencubanya. Sekitar US100 bayaran dikenakan untuk setiap pakej rawatan. Hasilnya memberansangkan.
Marilah kita imbasi kembali hadith saw yang menyebut bahawa apabila anak anda mencapai 7 tahun, suruhlah v dan pukullah mereka apabila mencapai 10 tahun apabila mereka enggan melakukannya.
Sesungguhnya kaedah merotan merupakan satu daripada kaedah pendidikan selain nasihat dan kaunseling. Kaedah ini ada hikmahnya tersendiri yang merupakan petunjuk Ilahi menerusi hadith saw yang mulia. Hikmahnya secara saintifik hanya diketahui manusia hari ini.
Maka, hendakkah kita melihat tamadun kita ni kembali ke belakang? Sebab kalau dah tak mahu benda yang begitu banyak manfaat (rotan) dibuang dalam sistem..... Ah ape-ape pun, janji heppy. Mak bapak tak mahu anak dia kena rotan .... Biarkan (Emm kalau biar,
chegu ni kira tak amanah ke??)