Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 26 Mac 2013

Kawad Kaki SMKDBD 2013

Baru-baru ini sekolah mengadakan Pertandingan Kawad kaki peringkat sekolah. Program adhoc je, tetiba je buat sebab tertangguh je tarikh perlaksanaannya, tapidiaorang (pelajar) telah membuat latihan sebulan sebelum. Ini semua kerana takboleh ganggu waktu MMI!?

Ape tu MMI? (Menjaga Masa Instructional) Tah betul x chegu eja.... ni la sebab chegu dah tak berbelog sangat, masa pelajar takboleh dikacau ooooooo.... semuanya dari mula masuk sekolah sampai habis sekolah P&P memanjang... naik muak dengar. Mana taknye, sampai nak ke tandas pun tak bleh???!!! (em kena had la).. Jadi, tengahari bute la baru boleh buat program sebab sekolah habis jam 1 ptg (hari rabu je), hari lain ada yang sampai 4.50 petang???? Macam buruh bebudak diaorang buat.

pssstt: jangan chegu kena saman macam papagomo, udah!!!

Program start jam 3 petang, jadi semua cikgu-cikgu yang terlibat siap sedia. Chegu kena jadi Ketua hakim, maka terimalah walaupun chegu adalah ketua guru penasihat KRS. Emm.. chegu tak pro mana2. Tak mahu main sumpah2 sebab chegu takmahu tergolong dalam org-org munafik. Tu yang takdapat ambil gambar kawad.

Sempat senyum cikgu2 ooo, Doa tetap doa juga, dah kul
5 petang ni, siap basah & kuyup baju tu.
Inikali lahhh...
Hasilnya, cikgu-cikgu kenalah duk kat tengah2 panas menjadi hakim. Tabik spring kat cikgu-cikgu sebab sanggup berpanas. Plaktu, dah nak abis kira last team, hujan lebat plak... semuanya tak berganjak, termasuk PK1 en Amran, dia stay kat kerusi di tepi litar kawad kaki.


Akhirnya KRS yang menang, Tempat kedua Puteri Islam, Tempat ketiga JPA3. Pengadil ada 7 + 3 + 2 orang, masing-masing ada bidang pengadilannya macam peringkat daerah. Cuma ada beberapa faktor seperti penalti tidak diambil kira.


Tahniah yang berjaya, dan yang kurang berjaya, masih lagi mendapat sijil penyertaan. Penting tu sebab sekarang Ko-Kurikulum amat dititikberatkan dan antara faktor diambilkira untuk keperingkat pengajian seterusnya. PBS pulak amat mementingkan markah ko-kurikulum. Tahun depan cuba lagi ye.

Main Badminton 2013

Alhamdulillah, tahun 2013,  masih lagi chegu dapat main badminton kat Dewan Bentara Dalam SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat (SMKDBD), kalau bandingkan kat SMKSARS1 kat pagoh dulu takde ape2 pun.


Nasib guru-gurunya masih aktif bersukan. Posting baru tahun ni, ramai yang datang dari Sabah, 3 lelaki, jadi cukup2 untuk main dua gelanggang. Tapi diaorang main antara jam 9.00 malam ke 11 mlm, dua kali seminggu je. Kalau Isnin main, Rabu cikgu2 ni main. Kalau Selasa malam, lawannya hari Jumaat malam. Kurang sikit berbanding chegu masa di pitas, sabah dulu, hampir tiap2 petang main tak kira hari hujung minggu kekadang dua kali sehari. Biasa la, kat tempat baru, adalah bezanya.


Bagus cikgu-cikgu ni main, sekurang-kurangnya, tahun ini macam cepat sikit berlalu, kurang 'tension'. Sekurang-kurangnya lari dari memikirkan tugas yang makin tak kunjung habis....

Khamis, 21 Mac 2013

Keputusan SPM 2012


Keputusan SPM 2012 dah keluar hari ini. Mungkin ada yang jauh dari sekolah dan tidak dapat mengambil slip keputusan. Jangan bimbang, boleh semak sementara menggunakan SMS dari jam 10 pg 21 Mac 2013 sehingga 27 Mac 2013.

Caranya:

Taipkan  SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888

cth : SPM 950527126543 HE001A001
sms ke
15888

haha masih lagi angka giliran kat pitas, sabah

Kalau tak berjaya, jangan bersedih.. umur anda masih panjang untuk mencipta kejayaan lain... kalau berjaya Chegu ucap TAHNIAH. 

emmm.. sekarang ni, berjaya akademik tak semestinya menjamin kecemerlangan. Kerja apa pun mesti dengan kesungguhan. Takde kerja senang sekarang, jadi 'jaga" pun dah takleh pulun tidur, tu yang ada kerja 'jaga' chegu dengar banyak kena buang. Sesiapa yang "Malas", dah takboleh hidup dah sekarang ni.

Apa sahaja keputusan peperiksaan yang anda dapat... walau tanpa A, walau terkurang A diterima dengan mengatakan dalam hati "Inilah yang terbaik untuk saya" Semoga ibu dan bapa raikan anda walau apa pun result mereka, peluk lah mereka dan bersama-sama "plan" masa depan mereka. Bukan semua yang tidak ada A atau sikit A tak akan berjaya. Mungkin yang tak ada A inilah yang akan lebih berjaya dari mereka yang berderet A. Dan buat ibu dan makcik dan jiran tak usahlah bertanya atau membandingkan A anak-anak kita. A's is something BUT not everything.....

Ahad, 10 Mac 2013

Nota Padat Matematik Ting 1,2 dan 3

Sekarang, matematik di sekolah sudah mula berperingkat dalam bahasa melayu. PBS akan sudah mengambil alih peperiksaan PMR. Masih tidak tahu lagi apa pula cerita SPM kelak. Bagi pelajar-pelajar yang mahu mencari nota Matematik, disini ada beberapa Pautan untuk nota. Nota bergambar disediakan supaya mudah diletakkan tanda matematik yang agak sukar dimuatkan di blogspot ini.

Kini Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan digantikan kepada Penilaian Tingkatan 3 (PT3), jadi nak study cepat sini ada formula, nota dan rumus yang boleh digunapakai. Chegu dimaklumkan penggunaan kalkulatorsaintifik yang tidak boleh dipogramkan boleh digunakan.

HOT 2014

Nota adalah padat dan ringkas.

Anda perlu tunggu 5 saat untuk Iklan Selingan
Tekan di sini untuk panduan download


Pautan Nota-Nota Ringkas beserta latihan matematik Tingkatan 1

nota-matematik-tingkatan-1-bab1-nombor-bulat
nota-matematik-tingkatan-1-bab-3-pecahan
nota-matematik-tingkatan-1-bab-4-perpuluhan
nota-matematik-tingkatan-1-bab-5-peratus
nota-matematik-tingkatan-1-bab-6-integer
nota-matematik-tingkatan-1-bab-7-ungkapan-algebra
nota-matematik-tingkatan-1-bab-8-asas-pengukuran
nota-matematik-tingkatan-1-bab-9-garis-lurus-dan-sudut
nota-matematik-tingkatan-1-bab-10-poligon
nota-matematik-tingkatan-1-bab-11-perimeter


Pautan Nota-Nota Ringkas beserta latihan matematik Tingkatan 2

nota-matematik-tingkatan-2-bab-4-persamaan-linear
nota-matematik-tingkatan-2-bab-5-nisbah-kadaran
nota-matematik-tingkatan-2-bab-6-teori-pitagoras
nota-matematik-tingkatan-2-bab-7-lukisan-geometri
 - video lukisan geometri
nota-matematik-tingkatan-2-bab-8-Koordinat
nota-matematik-tingkatan-2-bab-9-lokus
nota-matematik-tingkatan-2-bab-10-bulatan
nota-matematik-tingkatan-2-bab-11-transformasi
nota-matematik-tingkatan-2-bab-12-bentuk-geometri
nota-matematik-tingkatan-2-bab-13-statistik


Pautan Nota-Nota Ringkas beserta latihan matematik Tingkatan 3

nota-matematik-tingkatan-3-bab-1-garis-lurus-dan-sudut
nota-matematik-tingkatan-3-bab-2-poligon-2
nota-matematik-tingkatan-3-bab-3-bulatan
nota-matematik-tingkatan-3-bab-4-statistik-2
nota-matematik-tingkatan-3-bab-5-indeks
nota-matematik-tingkatan-3-bab-6-ungkapan-algebra-2
nota-matematik-tingkatan-3-bab-7-formula-algebra
nota-matematik-tingkatan-3-bab-8-bentuk-geometri-3
nota-matematik-tingkatan-3-bab-9-lukisan-skala
nota-matematik-tingkatan-3-bab-10-transformasi-2
nota-matematik-tingkatan-3-bab-11-persamaan-linear-2
nota-matematik-tingkatan-3-bab-12-ketaksamaan-linear
nota-matematik-tingkatan-3-bab-13-graf-fungsi
nota-matematik-tingkatan-3-bab-14-nisbah-dan-kadar
nota-matematik-tingkatan-3-bab-15-trigonometri


TERBARU - Jika Link dibawah terlalu lama untuk dibuka 

ShareIt