Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 26 Mac 2013

Kawad Kaki SMKDBD 2013

Baru-baru ini sekolah mengadakan Pertandingan Kawad kaki peringkat sekolah. Program adhoc je, tetiba je buat sebab tertangguh je tarikh perlaksanaannya, tapidiaorang (pelajar) telah membuat latihan sebulan sebelum. Ini semua kerana takboleh ganggu waktu MMI!?

Ape tu MMI? (Menjaga Masa Instructional) Tah betul x chegu eja.... ni la sebab chegu dah tak berbelog sangat, masa pelajar takboleh dikacau ooooooo.... semuanya dari mula masuk sekolah sampai habis sekolah P&P memanjang... naik muak dengar. Mana taknye, sampai nak ke tandas pun tak bleh???!!! (em kena had la).. Jadi, tengahari bute la baru boleh buat program sebab sekolah habis jam 1 ptg (hari rabu je), hari lain ada yang sampai 4.50 petang???? Macam buruh bebudak diaorang buat.

pssstt: jangan chegu kena saman macam papagomo, udah!!!

Program start jam 3 petang, jadi semua cikgu-cikgu yang terlibat siap sedia. Chegu kena jadi Ketua hakim, maka terimalah walaupun chegu adalah ketua guru penasihat KRS. Emm.. chegu tak pro mana2. Tak mahu main sumpah2 sebab chegu takmahu tergolong dalam org-org munafik. Tu yang takdapat ambil gambar kawad.

Sempat senyum cikgu2 ooo, Doa tetap doa juga, dah kul
5 petang ni, siap basah & kuyup baju tu.
Inikali lahhh...
Hasilnya, cikgu-cikgu kenalah duk kat tengah2 panas menjadi hakim. Tabik spring kat cikgu-cikgu sebab sanggup berpanas. Plaktu, dah nak abis kira last team, hujan lebat plak... semuanya tak berganjak, termasuk PK1 en Amran, dia stay kat kerusi di tepi litar kawad kaki.


Akhirnya KRS yang menang, Tempat kedua Puteri Islam, Tempat ketiga JPA3. Pengadil ada 7 + 3 + 2 orang, masing-masing ada bidang pengadilannya macam peringkat daerah. Cuma ada beberapa faktor seperti penalti tidak diambil kira.


Tahniah yang berjaya, dan yang kurang berjaya, masih lagi mendapat sijil penyertaan. Penting tu sebab sekarang Ko-Kurikulum amat dititikberatkan dan antara faktor diambilkira untuk keperingkat pengajian seterusnya. PBS pulak amat mementingkan markah ko-kurikulum. Tahun depan cuba lagi ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt