Beliau bintang yang tiada ganti. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetap dikenang sepanjang masa. Tarikh 29 Mei genaplah 38 tahun pemergian beliau. Sebut sahaja P. Ramlee, siapa tidak mengenali beliau..
Mungin ada yang tertanya-tanya mengapa Sekadar Catatan membuat artikel ini. Pernah pengalaman GURU sedang asyik menonton cerita Pak Belalang di TV2 di kedai makan. Sedang ayik menonton dan menikmati makan malam, ada di sudut jauh kedai kelihatan ramai pelauk (orang laut, Sabah: mereka tinggal sepanjang masa di laut) sedang berehat serta mencari bekalan air bersih. Yang menariknya, mereka 100% tidak memahami bahasa melayu, tetapi mereka ketawa berdekah-dekah seolah-olah amat memahami bahasa melayu. Mungkin hanya dengan mimik muka dan cara penceritaan yang membuatkan mereka faham.
Sekadar Catatan amat mengagumi allahyarham kerana filem yang dihasilkan mekar sepanjang zaman. Ia merentasi masa serta melangkau batasan bahasa. Sedangkan kita tetap terhibur menonton walaupun telah berulangkali tanpa 'muak' ditonton, masih ada yang mampu terhibur walaupun tidak memahami apa yang diungkapkan.
GURU mengambil iktibar, gaya didikan secara tidak langsung dari filem Tan Sri P.Ramlee amat berkesan. Mungkin boleh digunapakai dalam pembelajaran sedang kita guru bertungkus lumus untuk mencurah bakti mendidik.
Alfatihah buat allahyarham Tan Sri P Ramlee,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua