Pemikir Kritis
- ikhlas pada diri sendiri, mengakui apa yang tidak diketahui, mengenali had kebolehan diri, dan berjaga-jaga akan kesilapan sendiri
- menganggap masalah dan isu kontroveri sebagai cabaran yang merangsangkan
- berusaha memahami sesuatu, sentiasa ingin tahu, sabar menghadapi konpleksiti, dan bersedia mencurahkan masa untuk mengatasi kebingungan
- mengetepikan pilihan peribadi dan berasaskan penilaian atas bukti; menanggungkan keputusan jika bukti tidak mencukupi. ... mengubah keputusan apabila bukti baru menunjukkan kesilapan
- meminati idea orang lain, sanggup membaca dan mendengar dengan berhati-hati walaupun ia tidak bersetuju dengan orang lain
- mengenali bahawa pandangan-pandangan ekstrim jarang tepat; cuba mengelakkan pandangan demikian; mengamalkan pendirian yang tidak berat sebelah
- lebih mengawal dan menahan perasaan daripada dikawal emosi; berfikir sebelum bertindak
Pemikir Tak Kritis
- Berpura-pura mengetahui lebih daripada yang diketahui, menyisihkan had kebolehan diri, dan mengandaikan pandangannya adalah bebas daripada kesilapan
- menganggap masalah dan isu kontroversi sebagai penggangu atau ancaman egonya
- tidak sabar menghadapi kompleksiti, justeru itu lebih sanggup berasa binggung daripada berusaha memahami sesuatu masalah
- buat keputusan berasaskan teraan awas dan rasa hati. ...ia tidak mempedulikan kuantiti atau kualiti bukti. ... tetap dengan keputusan awal walaupun bukti baru menunjukkan kesilapan.
- asyik dengan pendapat sendiri, dan kurang meminati pandangan orang lain. ...asyik berfikir cara-cara menyangkal idea orang lain.
- mengabaikan kehendak demi pandangan yang seimbang, memihak kepada pandangan yang menyokong pandangan diri yang sedia ada
- lebih dikawal oleh perasaan daripada menahan dan mengawal emosi; bertindak secara impulsif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua