Pada 16 mei, sambutan hari guru peringat kebangsaan telah disambut dan, telah diumumkan dalam perutusan hari guru berkenaan insentif yang diwar-warkan sebelum ini, maka statistik pemberian insentif lebih kurang macam ini:-
Jadual Insentif Hari Guru 2011
DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru, Gred Khas C = 72 guru, DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru, DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru ...JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru.....Guru di M'sia = melebihi 400 000... kurang dpd 2% guru yg terima hadiah dpd kementerian
Tahniah kepada yang mendapat habuan. Semuanya kakitangan atasan, guru kanan dan semua yang ke atas. Bagus kalau bagi saja pekeliling dan tidak perlu diumumkan di media.
Buat guru-guru yang sudi membaca blog ini, janganlah ini melemahkan semangat anda. Buatlah macam 'biasa'. Memang sudah dalam ramalan akan menjadi begini. Kalau ada kemudahan pun, untuk kakitangan lagi rendah dari guru. Kakitangan 'profesional' macam guru kenalah terima hakikat. Janganlah disebabkan ini, motivasi (yang selalu diwar-warkan) menurun.
Kemudian adalah pula suara dari sekolah rendah yang mengatakan mereka dipinggirkan. Mana tidaknya, hanya gred-gred guru dari sekolah menengah sahaja yang mendapat 'habuan'. Cuba lihat senario ini di mata masyarakat. Kenapa sekolah rendah pula melatah? Tidakkah ini memperleceh bidang pendidikan? Yang mengeluh pun, guru-guru besar. Yang dapat, senyuman seindah suria..
* nukilan ini hanyalah sekadar catatatan. Jika terkurang / terlebih adalah atas kekurangan dari penulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua