Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 20 Mei 2011

Susu 1 Malaysia di sekolah dibimbangi mengandungi Melamin

Terdengarlah GURU satu cerita berkenaan susu 1Malaysia yang dikhuatiri mengandungi unsur melamin. terpampang didada akhbar dan telah masuk di kaca tv berkenaan susu ini. Sebelum itu adalah juga cerita susu 1 Malaysia ini tidak halal kerana tiada logo halal. Tetapi Jakim telah mengesahkan ianya adalah halal.

susu 1 Malaysia yang diedarkan di sekolah-sekolah


Kini susu 1 Malaysia ini sedang dalam peringkat analisa. dikatakan ianya diimport oleh syarikat Hybrid Allied Sdn Bhd. Sampel susu berkenaan diambil di gudang penyimpanan di Biforst Logistics Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor yang merupakan gudang tunggal yang menyimpan bekalan susu UHT yang diimport syarikat berkenaan.

Isu Susu 1 Malaysia tidak halal

Isu itu timbul ekoran dakwaan Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Alor Setar, Kedah, Shaharol Niza Omar, yang dilaporkan menyatakan susu UHT yang diimport oleh syarikat itu untuk Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Keraguan juga timbul disebabkan produk tenusu UHT berkenaan yang dikatakan mengandungi melamin, memandangkan kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi adalah bahan lain termasuk High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang dikaitkan boleh menyebabkan peningkatan kadar obesiti sebanyak tiga kali ganda dan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

Mengenai penggunaan HFCS, berdasarkan Peraturan 129, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, HFCS adalah dibenarkan penggunaannya sebagai bahan pemanis untuk ditambahkan dalam produk makanan.

Berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan, ada kajian di luar negara yang mengaitkan penggunaan HFCS dengan peningkatan obesiti walaupun tidak terdapat kajian khusus mengenainya yang dijalankan di Malaysia.




Susu 1 Malaysia penyebab Obesiti

HFCS merupakan salah satu gula tambahan yang sering digunakan dalam produk minuman komersil dan seperti gula tambahan yang lain, pengambilan minuman yang mengandungi HFCS secara berlebihan boleh meningkatkan risiko berlebihan berat kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

Tetapi ada yang mengatakan kadar kandungan HFCS ini terkawal dan murid diberikan susu pada kadar yang rendah. Cuma teringat kes pengharaman kementerian berkenaan isu obesiti dikalangan murid sekolah. Seolah-olah lenyap begitu sahaja. Sudah berjalankah? GURU tertanya-tanya akan kesahihan kes itu, sekarang timbul pula cerita lain berkenaan isu yang hampir sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt