Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 26 Mei 2011

Negara perlu 3.3 juta pekerja mahir dalam 10 tahun

Sekadar Catatan berminat berkenaan 3.3 juta pekerja mahir diperlukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi keperluan industri negara. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata bagi menampung jumlah itu, kementerian mensasarkan 160,000 atau 20 peratus penglibatan pelajar vokasional pada 2015 dan 40 peratus pada 2020.





Disasarkan sebanyak 122 sekolah vokasional awam akan dibina berbanding 70 sekolah kini dan 90 sekolah vokasional swasta menerusi pelan Transformasi Pendidikan Vokasional yang bakal bermula pada 2013. Selain itu, katanya Sekolah Menengah Vokasional bakal dikenali sebagai Kolej Vokasional bagi pelajar menengah atas menerusi pelan ini.

Cuma bermain dalam fikiran GURU ada yang mengitkan pendidikan Vokasional dan Teknik kepada pelajar-pelajar yang 'kurang' berminat untuk belajar. Tanggapan sebegini perlulah di kikis kerana tak semestinya pelajar yang cemerlang akan menjamin kecemerlangan dalam hidup.

Ada sedikit keluhan dimana sekolah GURU sekarang ada pendidikan Vokasional, Penternakan Ikan Air Tawar. Tetapi yang tidak sesuai adalah kemudahan prasarana yang mana tiada bekalan air tawar yang mudah diperoleh. Itu pun kenalah di pam dari sumber telaga menggunakan lori. Langsung tidak menepati kos yang efektif. Patut dipuji, sekolah dapat menaikkan gred pencapaian SPM tahun ini kerana ramai yang mendapat keputusan 'A' melalui pendidikan vokasional ini.


sekadar catatan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt