Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 10 Mei 2011

Kes Buli Pelajar Sekolah Masuk YouTube

Buli: 4 pelajar perempuan digantung sekolah 14 hari (tersebar di YouTube),
Buletin Utama 9 Mei 2011


Semalam tersiar di semua media TV berkenaan pelajar-pelajar yang memukul seorang pelajar (buli) di sekolah. Kes buli ini telah tersebar lama di halaman YouTube dan Facebook. Sebab dengan kecanggihan media massa sekarang, dan terlampau keberhabisan rakyat Malaysia berlaman sosial, kes ini dipandang serius oleh pihak kementerian.




GURU amat memandang serius hal ini. Mana tidaknya, mangsa mungkin akan trauma ataupun mungkin akan mengulang perbuatan yang sama bila beliau sudah 'senior'. Lagi buruk, kes membalas dendam mungkin akan berlaku. Kes membabitkan empat pelajar perempuan di sebuah sekolah, di Kuala Lumpur 9 Mei yang lalu. Pelajar yang membuli ini dikenakan tindakan gantung sekolah 14 hari ataupun 2 minggu.

Setalah Kementerin Pelajaran membuat siasatan dan membuat keputusan seperti diatas, maka kes ini dianggap selesai. Datuk Dr Wee Ka Seong, Timbalan Menteri Pelajaran macam berpuas hati benar mengatakan tindakan menggantung adalah patut. Sampai yang bersubahat sekalipun, turut diambil tindakan serta merta.

Tindakan diambil berdasarkan surat pekeliling khas bilangan 8, tahun 2010 kerana mereka di bawah umur.

Empat pelajar itu sudah memohon maaf, namun menurut Datuk Dr Wee ia tidak boleh dikompromi dan hukuman mesti dikenakan.

Empat pelajar terbabit juga diwajibkan menghadiri sesi kaunseling selepas tamat tempoh gantung sekolah.

Kes buli itu sebelum ini tersebar luas di internet termasuk melalui 'YouTube'.

Cuma GURU ingin mengeluh atas sedikit fenomena kes menggantung pelajar. Pernah suatu ketika ada arahan bahawa pelajar tidak dibenarkan digantung sekolah. Semuanya atas alasan pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan ilmu. Kes sekarang, hampir dua minggu pelajar ini digantung sekolah. Tidak kah pelajar ini akan 'kerugian' sepertimana yang dahulu disebut oleh pihak kementerian.

GURU amat tidak mengerti, kenapa kes yang mendapat 'sambutan' ini boleh pula di pihak kementerian. Dulu, semasa guru-guru ketandusan idea menguruskan pelajar bermasalah, kes gantung dianggap macam 'haram' dilaksanakan. Selalunya kalau ada kes disiplin, biasanya kes gantung adalah prosedur yang paling akhir sekali. Jadi macamana penyelesaian kalau tidak gantung. Kalau dalam carta alir tugas, gantung sekolah adalah opsyen ketiga / keempat / terakhir, selepas beberapa kes amaran dan tindakan selanjutnya. barulah tindakan itu ada kesinambungan.

Jadi tindakan timbalan menteri tadi seolah-olah berpuas hati benar, memang patut dipuji. Rasa macam selesai sudah kes ini 'kan'. Senang 'kan', Mudah, tetapi ada ke pihak yang merasa rugi. Fikirkanlah..

Sekarang sistem maklumat amat efisyen. Kalau dahulu, mahu memindahkan video 'hangat' seperti ini, perlu memakan masa dalam 6 - 7 minit sebab menggunakan bluetooth. Itu baru satu telefon bimbit. Mahu disebar pun memakan masa. Tetapi kalau di Facebook, tekan 'like' sahaja, tersebar sudah maklumat. Canggih benar sekarang ini.

Apa-apapun, diharap ini menjadi ajaran dan pedoman. GURU memang tidak akan teragak-agak mengambil tindakan. Sudah menjadi kebiasaan, mengurus pelajar yang ramai memang ada asam garamnya. Kalau guru-guru lama dahulu, selesai kes yang biasa kedengaran ini dengan mudah, tak perlu diadukan kepada pihak media. Tapi sekarang zaman canggih, tidak hairan banyak masalah lain yang akan timbul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt