Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 28 Jun 2011

Taklimat Kesatuan Guru Sabah

Jam 9.40 pagi tadi, GURU diberitahu ada taklimat kesatuan guru sabah di bilik mesyarat. Sudahlah waktu tersebut waktu rehat, baru sahaja mahu menikmati aircond di bilik guru (maklum sahaja cuaca panas sekarang), ada saja panggilan.


Maka dengan tekunlah pelawat tersebut membicarakan kepentingan guru berkesatuan. Tapi yang menariknya, sudah lama kesatuan ini ditubuhkan, kenapa baru sekarang ianya terbit. Mungkin GURU tidak prihatin.

SEKADAR CATATAN tertanya, kenapa kesatuan-kesatuan guru ini lebih menjurus kepada kepentingan insuran. Kemudian berkali-kali mencebik guru-guru "hanya memotong RM 25 sahaja sebulan, takkan tidak mampu". Alasan kesatuan terpaksa memberi sumbangan sekiranya guru-guru meninggal seperti contoh yang diberi, guru besar meminta kesatuan menyumbang RM 500 kepada guru yang meninggal, kalau 10 orang dari mana dana mahu dikutip.

Bila pertanyaan guru lain, bolehkah menjadi ahli tanpa dipakejkan sekali dengan insurans, maka kesatuan menyatakan insurans mesti dibayar, dan pulangan pembayaran akan dibuat jika pencen. Persoalannya bukan segelintir kami yang tidak mahu membayar pada kadar RM25 sebulan, tetapi sudah lengkap kami mempersiapkan diri dengan insuran persendirian. Semua cerita kesatuan tidak ubah seperti jurujual insurans yang acapkali masuk ke bilik guru saban hari.

Apa yang mungkin GURU faham, mungkin apa yang diperjuangan adalah untuk kebajikan dan mungkin untuk kesinambungan kesatuan meneruskan operasi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt