Bagusnya, akhirnya ada suara di dewan rakyat berkenaan astro di tv3. Pihak astro terlampau memikirkan keuntungan dari menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Kemudiannya telah nyata ada surat dari pusat penyiaran itu bahawa bil atau caj pakejnya akan dinaikan. Bil naik tapi cerita tidak setimpal.
Baru saja sebentar tadi ada di tv3, sidang dewan rakyat mengatakan astro mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan yang bagus. Tapi sebenarnya bukankah isu ini telah lama berlaku. Siapa yang tidak panas, tiap-tiap hari berulang cerita yang sama. Cerita lama dan kono dimainkan kembali. Contohnya cerita ‘setinggan’ sudah lama dimainkan, malahan mungkin GURU pun masih belum lahir lagi disiarkan berulang-ulang.
Seringkali keluhan dan aduan dalam akhbar menyuarakan rasa tidak puas hati stesen berbayar astro 'cekik darah'. Saban tahun, astro tetap begitu sahaja tanpa apa-apa perubahan.
Pernah SEKADAR CATATAN menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ac mizal. Mana tidaknya, menonton astro sahaja tanpa melanggan astro mustika sudah menggunakan wang, ada ke patut dia katakan kita ini tonton free.
Mungkin ada yang tidak perasan, cukai untuk siaran astro juga telah bertambah. Tapi mutu perkhidmatan astro masih di tahap yang sama.
Kemudian ada kempen terbaru astro supaya menggantikan dekoder baru iaitu dekoder astro beyond. GURU bukan menyelar kemajuan astro, tetapi kaedah pemasaran mengganggu masa dan kelapangan dengan menggunakan telefon. Agak panas juga GURU sebab waktu itu GURU sedang mengajar di kelas. Seolah-olah kaedah pemasaran insuran atau takaful, sungguh memaksa dan tidak menyenangkan.
Satu lagi, baru saja guru memotong perkhidmatan astro ini. Tapi setelah memotong, ada lagi panggilan bertanyakan kenapa berhenti. Diberi sebab tidak mahu sudah melanggan, masih lagi bertanya seolah-olah GURU tidak patut hentikannya. Hak kita lah nak langgan atau tidak.
Senang sekarang, tiada bil yang membebankan. Banyak lagi siaran tv lain. Mudah dan tidak membebankan. Tetapi yang masih melanggan, tahniah dapatkan kenaikan yang istimewa ini pada bil yang akan dating.
Saya kongsikan alternatif terbaik untuk berjimat tapi dapat tgk semua channel yg ada ditawarkan oleh stesen TV satelit di Malaysia..cuma RM30 sebulan!
BalasPadamhttp://channelmurah.blogspot.com/
Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
PadamHarga murah kasi.
Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
Whatsapp sy 013-3332502
Daripada bayar bul beratus2, lebih baik tukar ke Skybox.
BalasPadamTonton SEMUA Siaran termasuk BEST, ABO, FIRST, FOX dll dengan
HANYA RM 25 SEBULAN.
Buat la pilihan Bijak.. =)
http://www.facebook.com/channels.skybox
bagus ni. terima kasih amir
Padamcadangan membaca : kabel tv alternatif selain astro