Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 10 Jun 2011

Barang Pancing Baru

Peluang balik semenanjung, adalah GURU mencari barang pancing. Maklumlah harga barang seperti mesen pancing mahal sungguh di Sabah. GURU hanya menambah stok jikalau mesen yang lama rosak atau jatuh laut (harap janganlah berlaku). GURU telah singgah di kedai Joran Bagus di Kota Tinggi tetapi tiada stok yang menarik. Ada juga terlihat mesen pancing laut dalam, tetapi rasanya kurang praktikal kalau digunakan untuk menunda  + casting + memancing biasa.

Jadi carilah kedai lain kebetulan berdekatan ada GT Tackle. Jadi adalah beberapa barang yang agaknya berpatutan dan sesuai dengan budget. Untuk makluman GURU bukanlah pemancing yang tegar, hanyalah pemancing sambilan.

MAGURO Hyper Power 10,000 reel, 10+1 ball bearing


Puas cari hanya ini saja yang berkenan. Mahu cari Bannax GT Extreme, tapi habis. Sekurang-kurangnya talinya bolehlah sampai 500 meter.. 

 
 Stok tiada, selalunya beli hook VMC.

Penimbang Digital 40kg dengan Thermometer
 Bagus juga ada benda ni. Lepasni kalau dapat banyak gelama, bolehlah timbang kilo Hehehe..

Gewang Hinomia

 Hampanya hanya satu sewang saja yang menarik perhatian. Hajat mahu cari Yozuri tapi tiada stok langsung.

Maka, secara keseluruhannya, agak mengecewakan sikit. Mungkin ada tokan yang dah pok barang-barang hot. Tinggallah yang cikai2 je.

4 ulasan:

  1. hahaha.. ini ke barang yang kau nak bawak naik kapal terbang kena tahan.. hahahaha.. diorang caj kau pengganas hahahaha

    BalasPadam
  2. haritu ada pegawai atasan turun. Tu yang terlalu kejam sangat. Setakat penerbangan domestik. Jumpa juga pegawai atasan diaorang, sempat juga dia cakap setakat barang pancing boleh bawak. Mungkin nak tunjuk depan pegawai, dia tegas la konon.

    BalasPadam
  3. asslam chegu zam.
    sy brrminat na beli magoro hypey power
    10,000.
    berapa hanganya

    BalasPadam
  4. Salam. Mesen ni dah rosak. Tak tahu letak mana. Pun dah karat luaran sebab selalu turun laut.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt