Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 23 Jun 2011

A Level cemerlang, boleh dapat Biasiswa

Mulai tahun 2012, perdana Menteri Kita, Dato' Sri Najib Razak, mengumumkan pelajar yang mahu mendapat biasiswa perlu cemerlang dalam peringkat A level, bukan seperti sekarang iaitu banyak A pada peperiksaan SPM.
 
maka tertanyalah GURU berkenaan nasib pelajar-pelajar miskin yang terlalu ramai di Sabah ini yang inginkan nasib keluarga mereka diperbaiki, iaitu belajar di Universiti Awam. GURU mahu berkongsi di Pitas ini sahaja, terlalu ramai pelajar yang terpaksa menangguh masuk ke sekolah kerajaan semata-mata kerana tiada duit untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah.

Kemudiannya jika pengumuman biasiwa ini dilaksanakan, tiadalah peluang terus kepada pelajar-pelajar sekolah GURU kerana untuk sambung belajar di tingkatan 6 sahaja pun, mereka perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk menyambung pelajaran kerana pendidikan wajib hanya pada setakat SPM. Kirim salam sahaja kalau mahu mengambil A level.

GURU amat bersimpati tapi sampai bila nasib pelajar miskin akan terbela. Bukankah biasiswa untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Pengalaman GURU, orang yang berada sahaja yang majoritinya menambil peperiksaan A level. Jadi apa guna biasiswa kepada orang kaya ini. mereka mampu sudah. Seolah-olah negara akan menuju kepada kapitalis iaitu yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus sengsara dan meminta-minta.

kalau ada tersalah kata, GURU memohon maaf




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt