Menarik minggu ini Sekadar Catatan tertarik dengan isu penggunaan bahasa SMS yang dikatakan macam gejala yang menular dikalangan rakyat Malaysia. Ye Ke? Seakan-akan bahasa SMS ini gejalanya menyamai kes pendatang asing. Ye Ke? Ai Nah ...
Mungkin GURU juga mahu memohon maaf atas penggunaan bahasa dalam blog ini yang menggunakan banyak dialek daerah. Mungkin ada dialek Johor dan mungkin ada dialek Sabah. Mungkin benda ini terjadi disebabkan kita bercakap di luar sana dengan bahasa 'pasar'. Jadi ada patutnya terbawa-bawa dalam penulisan.
Bagus juga ada sidang yang menggesa penakrifan baru tentang pemendekan bahasa yang sedang menular ini. Tetapi GURU juga mungkin tergolong dalam pengguna bahasa SMS ni kot. Mana tidaknya, lebih mudah
contoh:-
X - tidak / tak
bo / leh - boleh
grrr - marah
hehe - seronok / ketawa
gi - pergi
sok - esok
mkn - makan
ko - kau
knp - kenapa
dan macam-macam lagi (mugkin x tersenarai). <----faham ke?
Cuma pesan GURU kepada semua pelajar janganlah menggunakan bahasa singkatan. Walaupun dibenarkan beberapa bahasa singkatan oleh DBP seperti kg, dlm, yg, kpd, dll. Panduan pemarkahan akan menolak sekiranya ada penggunaan bahasa yang tidak boleh difahami oleh pemeriksa.
Tambahan pemeriksa itu manusia. Sedangkan GURU sendiri akan pening kepala melihatkan tulisan pelajar yang seakan cakar ayam.
Maka dengan ini, diharapkan janganlah ditulis bahasa SMS ini didalam peperiksaan anda. Buruk padahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua