Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 16 Julai 2012

Menjawab Soalan Matematik Anda 2

Soalan Persamaan - Formula

Soalan di atas adalah untuk menentukan x dalam sebutan y.

Fokus utama adalah untuk meninggalkan x di kiri dan yang lainnya di kanan persamaan.
Kebanyakan pelajar tidak memahami sifat nombor. Integer terdiri daripada nombor negatif dan nombor positif. Rajah 1 -> cuba perhatikan = 6, ianya seolah olah dipetik dari garis nombor positif cuma tanda + tidak ditulis.

Bayangkan rajah 2 nombor -1, 0, 1/2, dan 1 macam buah rambutan di atas pokok. Jika 'per 2' dipetik, apa akan jadi kepada pecahan, tentu tidak baik/ rosak buah rambutan tu.

Jadi berbalik kepada ungkapan rajah 1, jangan diganggu pecahan tersebut. Hanya perlu pindahkan -2y melepasi persamaan.

yang tinggal
2x - 6 = 6 + 2y
   3             1

kenapa chegu buat pecahan per 1 di kanan persamaan. Kerana mudah mengenalpasti persamaan tadi hanya boleh diselesaikan dengan kaedah darab silang.

-- rujuk nota persamaan linear ini -- nota-matematik-tingkatan-2-bab-4-persamaan-linear

2x - 6 = 3(6 + 2y)

Barulah boleh dipindah -6 dan akhir sekali pisahkan 2 dengan x dengan kaedah darab silang.

2x      = 18 + 6y + 6
2x      = 24 + 6y
x        = 24 + 6y
                  2
x        = 12 + 3y
(x dalam sebutan y)

Harap yang bertanya paham, ini sahaja yang chegu termampu terangkan. Cuba bincang dengan lebih lanjut dari guru anda.

3 ulasan:

  1. cikgu trima kasih!!.... :) alhamdulillah

    BalasPadam
  2. x+1/2=x bagaimana caranya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seoalan ni macam mustahil je jawabnye. Cuba tengok kaedah cuba jaya

      Chegu gunakan ayat panjang huraikan ye

      'x' tambah SETENGAH = 'x'

      budak darjah satu pun tercengang kenapa "benda" tambah setengah dapat "benda yang sama"???? soalan apebenda ni

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt