Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 27 Julai 2012

2013 Pelajar boleh bawak HANDPHONE ?



Dah banyak terpampang di akhbar dan Fb berkenaan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Macam makin longgarlah disiplin sekolah.

Mana tidaknya, kalau sekarang ni, baru suruh bawak duit PIBG pun dah ada kes kecurian. Dah satu kes cikgu kena buat spot chek kat seluruh kelas. Macamana pula la kalau benda macam telifon bimbit ni. Lepas ini perlu menambah pengecualian dalam buku disiplin sebab hp dah dibenarkan.

Chegu bukan nak bangkang sangat pekara membawa handphone ni. Bagus la semua nak maju sangat. Ikutkan saja. Alasan kalau kena culik boleh call ibubapa... soalannya, penculik tu benarkan ke anak anda telifon mak bapak. Kalau benarkan pun hehe... memang nak tebusan la.. senang sikit kat pencuri tu sebab takpayah beli simkad tipu nak kaburkan identiti diaorang, pelajar dah sediakan kemudahan untuk diaorang. Mudah kan??kan??

Chegu membayangkan kalau handphone ni dibenarkan di sekolah, sejauh manakah ianya akan memberi kebaikan. Dulu di sabah, setelah masuk astro ke kawasan kampung, masyarakat belum pandai merempit, vandalism dan sebagainya. Tapi dah menular dah pengaruh tu... kira dah maju la tu.

Marilah kita guru-guru menambah kerja untuk menjaga handphone anak murid kita... sebab kelak cikgu kena mengajar secara online. Semua kerja menggunakan e-mail atau interaksi lain yang prestasi kelajuannya tak mencapai tahap maksimum pun. Satu malaysia pulun benda yang sama ... yeahhh HappyNYE...

Satu lagi persoalan nak tanpa wayar sangat ni, kalau di pawagam masih ada lagi yang merakam cerita atau bersembang dengan selamba dalam telifon, sedangkan dia tahu orang akan marah... apa kes pula kalau handphone ni di tangan pelajar ? diaorang leh 'silent mode' ke? ... hehe .. kita akan bakal menyaksikan aksi terlarang guru di dalam bilik darjah dalam youTube lar harharhar..

Oooooo Samad (bukan nama sebenar)
Ni koje ko selama ni ye...

1 ulasan:

  1. Sehingga 8/8/12 masih lagi pekara ini dibincangkan di peringkat kementerian. Apa lagi cepat2 la buat keputusan. chegu lagi suka hp ni di bawa ke sekolah. Tak 'sabar' nak tunggu la

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt