PUPUK TABIAT JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA SEMENJAK KECIL LAGI
Dalam cuti sekolah ni, tak banyak benda nak buat kat kampung ni,
chegu pun terdengar adik tertipu dengan TNB sebab tersalah kira bil elektriknya. Bulan lepas RM 98, tak logik kalau orang bujang pakai elektrik. Mana tidaknya, dah seharian kerja, duduk rumah kurang dari 12 jam. Tapi bulan ini bilnya jadi RM0, ok la tu tak payah bayar la bulan mendatang.
Jadi enry kali ni
chegu nak kongsi info berkenaan elektrik. Benda ni tiap kali kita guna tapi tak peduli langsung. Hee.. teringatlah chegu iklan pewangi pakaian, downy - jimat elekrik - ada kena mengena ke?
Pemikiran kanak-kanak muda diibaratkan sebagai sekeping kertas putih. Sebarang maklumat yang diberikan kepada mereka secara berulang kali akan kekal dalam sanubari mereka dan akan berkekalan seumur hidup. Jika tabiat baik ingin dipupuk dalam diri mereka, maka ia hendaklah dilakukan semenjak mereka kecil lagi.
Banyak kajian telah dijalankan tentang perkembangan badan dan minda, tabiat dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya kajian yang dilakukan oleh ’Institute for the Study of Child Development, Department of Pediatrics at UMDNJ-Robert Wood Johnson Medical School’ dan ‘Department of Pediatric Dentistry, School of Dentistry, Aichi-Gakuin University, Nagoya, Japan’ dan banyak lagi di negara-negara lain. Secara amnya, semua kajian ini merujuk kepada pembentukan tabiat dalam kalangan anak-anak muda, khususnya dari umur 2 hingga 6 tahun.
Ibu bapa hendaklah memikul tanggungjawab untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan anak-anak mereka. Kanak-kanak belajar dengan memerhatikan tindak tanduk ibu-bapa mereka dan mengikut jejak langkah mereka mengikut pemerhatian itu. Jika para ibu bapa ingin memberikan pengajaran ini kepada anak-anak mereka, maka mereka juga haruslah mempraktikkan amalan ini terlebih dahulu untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.
Guru-guru di sekolah pula berperanan sebagai ibu bapa kedua bagi kanak-kanak. Tugas guru-guru adalah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga semasa di sekolah. Kerja
chegu la ni. Pengajaran yang efektif adalah hasil gabungan pengajaran dari segi teori dan juga praktikal.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga harus memberi tumpuan yang serius kepada aspek pendidikan kecekapan dan penjimatan tenaga untuk kanak-kanak mulai sekarang dengan menyediakan sukatan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Malah kesannya akan dirasai jika pendidikan tentang kecekapan dan penjimatan tenaga dapat dipupuk semenjak peringkat tadika lagi!
Malaysia memerlukan generasi yang akan mendorong dan memajukan teknologi hijau untuk menangani masalah iklim dunia. Jikalau objektif ini hendak dicapai, di manakah ia harus dimulakan?
Titik permulaannya adalah dengan menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam diri seseorang individu. Sebagai langkah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga di kalangan anak-anak muda, Kempen SWITCH yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia pada tahun 2010 di seluruh Malaysia untuk mendidik kanak-kanak memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga.
Kempen tersebut mendapat sambutan baik dan telah menolong segolongan besar kanak-kanak sekolah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga. Memang sebaik-sebaiknya tabiat untuk memupuk kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga dimulakan sewaktu di peringkat usia muda lagi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, sepertimana pepatah Melayu, ’Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Kanak-kanak merupakan penerus bagi generasi pada masa ini. Oleh itu pendidikan awal kecekapan dan penjimatan tenaga kepada mereka amat wajar sekali. Contoh-contoh kecekapan tenaga dan
penjimatan tenaga yang boleh diajar kepada kanak-kanak adalah seperti berikut;
Ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka untuk menutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cara menutup suis juga perlu ditunjukan bagi pendedahan praktikal.
Ibu bapa menasihatkan anak mereka untuk menutup kipas angin dan menunjukkan caranya juga.
Mengajar mereka cara untuk memperlahankan kipas angin untuk mengelakkan penggunaan tenaga secara berlebihan.
Pelbagai contoh lain boleh difikirkan untuk membantu kanak-kanak menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga.
Pekara kecil yang patut kita mulakan cuba tengok charger handphone kita kat sebelah tu, dah penuh baterinya ke? kalau dah rajin rajinlah bangun dan tutup suiznya kerana sedikit sebanyak dapatlah kita berjimat. Mana-mana peralatan elektrik seperti cerek elektrik dan mesen basuh yang tidak digunakan suiznya perlulah dimatikan.
|
Dan..dan... terus tutup charger samsung s2 |
(d0t...) Ai nah, jangan aisboxnya di matikan sudah bah...