Jadi, untuk tingkatan 1TES2 ada beberapa hasil yang chegu pilih
Dari Narveena Raj. Tak tahu tema apa ni. Beberapa jambangan ukiran bunga dalam pasu. Sangat teliti buatannya. |
Beberapa lagi hasil tembikar pelajar. |
Sangat memuaskan. Sebelum ni puas dah chegu membebel dgn pelajar kerana tidak membawa tanah liat mainan untuk tujuan penilaian pbs. Hasil ini pelajar bawa dari rumah. Maka tak hairan hasilnya kerana begitu banyak masa yang diberu.
Maka macam biasa, semua hasil yang cantik-cantik datang dari murid perempuan. Chegu bukan nak mendisriminasi, tetapi macam diletakkan seni kraf sesuai untuk perempuan. Tetapi chegu nak menyatakan disini pelopor dan yang telah berjaya membangunkan perusahaan seni seperti ini banyak dari karya orang lelaki. Jadi kenapa pelajar lelaki tak boleh melakukan yang sama.
Jawabnya, tiada minat dan tidak rajin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua