Jumaat, 16 November 2012

Memancing Sekitar Pulau Tigabu 2012

Ala, dah lambat bebenar chegu buat posting ni. Nak buat macamana, chegu sibuk dengan asik berulang balik ke semenanjung, x sempat nak blog. Rentetan pindah sekolah ke Alrisya Pagoh, dan sekarang pula dah nak pindah ke SMK Dato Bentara Dalam, Segamat. Aiii dapat lagi pindah.. rezki, syukurlah. Tapi masih nak cerita di Pitas, Sabah sana sebab rindu dek kenangan-kenangan memancing ni lah.

Tangkapan hari kedua


Cerita memancing ni waktu bulan 4 haritu. Selama 2 hari 2 malam trip dari muara kanibongan. Ikutkan hari jumaat dah turun tetapi dah malam baru gerak. Tujuan ke pulau tigabu. Trip dengan kapal dan 3 perahu. Malam kitaorang mancing dasar hasil gps kawan Chegu si Saibeh.
 
Hari pertama seharian suntuk menunda dikawasan diaorang panggil mandi darah, tak dapat apa2 pun. Geng 2 perahu lain dapat ikan damit2 (kecil) je. Tapi rasa tertekan juga sebab pemancing dasar dah dapat ikan gerpoh kecil yang kebetulan lalu semasa air pasang pagi.

Kitaorang terpaksa keluar dari kawasan mandi darah sebab ada geng pukat laut dalam menunda di kawasan kitaorang. Kacau beno. Patutnya diaorang g laut dalam lah, bukan jauh pun. Tapi nak dapt rezki mudah, semua diaorang hadap. Kesian kat kita yang kecil2 ni.

Apa nak buat... x de sekong pun.
Belakang tu pulau mandi darah.
 Lokasi dekat dengan Laluan ke pulai tigabu kitaorang tuju. Kat sini banyak juga kawasan takat (batu karang) yang mengunjur ke laut dalam. Ada sebuah boya tempat laluan kapal besar. Seharian penat menunda pun masih tidak berhasil. Umpan banyak putus sebab masih tak pandai lagi menunda kerana tempat baru dan tak pakar sangat memandu perahu ni. Chegu berehat di kapal dan memerhati kengkawan ke laut lepas menunda. Tapi dah nak menjelang senja, ternampak sekumpulan ikan bermain di sekitar kapal berlabuh. Semangat datang balik, nah ... hasilnya dua pengaluan. Ceh, sampai ke malam baru lah puas sikit dapat ikan gadang (besar) niii.


Malam hari pertama - 2 Pengaluan
nama lainnya alu alu / Barakuda (baracuda)


Malam ribut, ada juga memancing dasar. Kengkawan lain dapat hasil lumayan yuga dengan kerisi besar tapak tangan. Chegu tidur sebab letih sambil terbangun sebab hujan lebat. Sejuk ooo

Hari kedua kengkawan Sibeh dan Mael terus ke Pulau tigabu. Chegu tak berani ikut sebab jauh beno diaorang pegi. Hanya chegu memerhatikan diaorang ke pulau tigabu dan menunda di kawasan cetek sahaja. Hari terlalu panas dan memandangkan bekalan dah nak habis, chegu ke kawasan takat tiang sahaja (berdekatan dengan muara kanibongan).

Tengok matahari terbit dekat dangan Pulau Tigabu
(tak perlu ke jepun la).
Kiranya macam kat jepun gak sebab tigabu ni
dah selari ngan jepun gak




Kat sini boleh juga la sebab tinggal saat2 akhir jugak barulah dapat seekor pengaluan yaang agakya 4 kilo juga. Siap tunjuk takau (Kait) baru lagi tu. Hehe, dulu pinjam takau orang je (gambar atas sekali).

Sampat tengahari kitaorang dah kat muara sampai petang. Geng lain pun kurang mendapat hasil sebab diaorag tumpu teknik jigging je.

Dapat juga yang kecil sebagai penutup hari kedua tangkapan
Ni lah rasanya trip penutup Chegu. Taklah lumayan sangat, 4 ekor pengaluan je. Kebanyakan Chegu sedekah je kat kengkawan di Pinggan-Pinggan sinun.

Tak tahulah bila lagi dapat menjejakkan kaki ke Sabah lagi. Sedih meninggalkan kenangan ni. Mana taknya dari SMK Kanibongan, pindah ke SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, banyak kemajuan dah nampak. Dulu takda air bersih kini dah dapat. Kalau dulu Kota Marudu hanya ada beberapa banggunan kini dah semakin maju dengan pertambahan banggunannya, Besau dah Marudu oiii.. Apa boleh buat, Terpaksa lah pindah juga. Sekarang Chegu masih mengintai2 macamana nak turun laut lagi. Mana tahu sekolah baru ni pula ada kaki pancing. Tahun baru ni kena lapor diri, tak sabar juga nih..

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2013

Jadual gaji untuk tahun 2013 dah keluar. Lepas ini boleh kita congak-congak macamana perbelanjaan untuk tahun 2013 ni.

Kebanyakan hari gaji jatuh pada hujung bulan 23 dan 25hb. Tahun baru Cina cutinya 10 dan 11 Feb, Pesta menuai 30 dan 31 Mei, Hari Gawai 1 dan 2 Jun, Hari Raya Puasa 8 & 9 Ogos, Hari Raya Haji 15 Okt dan Depavali 2 Nov.

Anda boleh menyemak cuti tahunan 2013 di sini.

Rabu, 14 November 2012

PAJSK PBS Tingkatan 1

Berikut adalah beberapa fail serta dokomen borang berkaitan PBS bukan kurikulum (Ko-Kurikulum) pelajar Tingkatan 1

PJK, Badan Beruniform, Sukan dan Lain-lain (non akademik) adalah satu bahagian lain dalam PBS yang perlu diberikan markah.

Jadi, ini adalah senarai dokumen yang mungkin boleh serba sedikit memberi manfaat kepada guru-guru

  1. BORANG RUMUSAN SEGAK dan BMI A
  2. BORANG REKOD KEHADIRAN B
  3. BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM D
  4. BORANG RUMUSAN AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM C
  5. dokumen standard prestasi tingkatan 1 2012
  6. FORMAT LAPORAN AKTIVITI
  7. Khidmat Masyarakat
  8. Persembahan Kebudayaan
Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download


Dokumen PBS Ting1 2012

Ada beberapa dokumen-dokumen berkaitan ceramah dan manual pengguna bagi PBS untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.

Panduan yang ada ini khas untuk tahun rujukan 2012 Tingkatan 1 sahaja

Mungkin tahun depan ianya akan berkembang dan akan ada penambahbaikan

  1. Memperkasakan Pengurusan Panatia (PBS)
  2. KONSEP STANDARD PRESTASI TINGKATAN 1 2012
  3. Manual_Pengguna_PBS
  4.  PENGURUSAN FAIL PBS V1
  5.  SPPBS MENENGAH 2012

Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download
 


Takwim / Kalendar Persekolahan 2013

Takwin untuk cuti dan masa persekolahan untuk tahun 2013 dah keluar.



Jadual persekolahan 2013  telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).   Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu ) bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad manakala bagi negeri  Kedah, Kelantan dan Terengganu  sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2013 ( Selasa ).

  • Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 ( Ahad & Isnin )
  • Hari Raya Puasa - 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
  • Hari Raya Qurban - 15 Oktober 2013  (Selasa)
Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :

Negeri-negeri yang bercuti pada Tahun Baru 2013 – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.

Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my

Isnin, 5 November 2012

Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Baru-baru ini, chegu membeli Samsung Galaxy Tab 2 7.0. Lama dah survey, memang besar la sikit berbanding samsung galaxy S2.

Ambil yang putih. Nape kalau pegi kedai warna putih
yang dah nak abis stok

Build in app yang ada yang best adalah Polaris Office untuk aplikasi office dan Mini App (yang ada tanda ^ kat gambar tu) iaitu shortcut untuk tablet seperti telefon dan msg yang cepat.

Ada beberapa software yang ada di google play yang sesuai chegu rekemen

1. Easy Answer 

Tak perlu tekan ke skirn untuk jawab (no need to slide to answer), tengok siapa call dan terus letak di telinga, terus jawab.
Ingatkan kat samsung s3 je yang ada. tab pun bleh. Chegu dah test kat samsung s2, pun sama lagi cepat menjawab.
(Mungkin semua telifon guna android pun boleh, nanti chegu try!)

2. Google Crome

Ni lagi best. PPPBS 100% compatible. Dah banyak kali guna, semua data dapat masuk walaupun dia kata gunakan explorer sahaja
Kalau link terlalu kecil dan jari anda terlalu besar, dia auto zoom supaya anda boleh memilih link sesuai, tak perlulah asik 2 3 kali tekan sebab tertekan link lain dek jari besar.

Di u tube, macam dah takde keje dah diaorang buat jatuh hp mahal2 ni. tapi yang pasti Samsung Galaxy Tab 2 7.0 ni memang tahan lasak. Cuma agak berat sikit je la dan besar gedabak.


Amacam!!! nak buatke kat korang punye. Tak berani punnn....

Jumaat, 2 November 2012

Selamat Hari Raya EidAdha 2012

Selamat hari raya Aidil Adha semua. Tahun ini chegu raya di Negeri9. Tapi mood tak berapa baik sebab tekun nak menyiapkan markah peperiksaan hujung tahun. Ada yang tak faham sikit, dah kata PBS tingkatan 1, tapi masih ada Perperiksaan bertulis PBS plak, apa kes!?

Satu keluarga lah berangkat ke rumah Mak Uda Di Felcra Lakai, Simpang Durian, n9. Hari raya pertama, chegu bersiaplah nak ke Mesjid solat sunat HrRyEdAdha ni, siap dari jam 8.30pg. Hairanlah sikit, semua kejiranan tengok aja kita ke mesjid ni, aiii...nahhh, takde solat HrRy ke?

Rupa2 nya, diaorang start jam 9pg dah!!!! Nasib dah telan beberapa nasi impit kat rumah tadi, sepatutnya HrRyEdAdha ni sunat makan lepas solat sunat, tah kenapa macam nak makan, terpaksa lah makan sebab dah di hidang, tup..tup.. balik solat jam 10pg. Tersengguk2 la masa dengar khutbah.

Sebab dah takde keje, maka Mak mertua cadang buat dodol lah sempena HrRyEdAdha ni. OK ada lah sikit resepi macamana nak buat dodol ni...

Wah, tukang kacau ye, tunjuk act la depan mertua, hehe

Resepi Dodol

Bahan
15 biji kelapa diparut
6kg tepung gandum
3 ketul besar gula melaka
2 kampit gula
air secukupnya - santan dan gula (dilarutkan)

Cara-2

  1. Santan dari 15 biji kelapa di panaskan di dalam kawah. Kacau sehingga santan nampak berkilau dan pekat. Kalau nampak kurang air, sila tambah ye dan elakkkan api besar sehingga menghangitkan santan.
  2. Masukkan gula melaka dan gula yang telah dilarutkan, tapis lah supaya tiada ketulan2 gula dalam dodol
  3. Kacau
  4. 1jam ----- kacau
  5. 2jam ------kacau
  6. 8jam (bergantung tahap mana nak likat dodol, pastikan api tak terlalu besar)
Amaran: Kalau 'tak jadi' jangan marah ye, chegu tukang kacau jap je, 2 jam - sebab nak pegi solat jumaat.


Ni lah hasil dodol yang dibuat, cair sikit sebab tak larat dah nak kacau sampai 8 jam, dah angkat 5 jam je.... dodol buat makan sendiri je... bukan nak jual jadi takpelah labu.... Kira2 tapau, cukup la dapat 1 tapau besar untuk 5 keluarga, ada yang kecil dalam 7 tapau (dalam gambar atas kiri). Mana tau boleh bisnes.

4 hari cuti raya, akhirnya tak siap juga menanda. Last2 malam malam la bersengkang mata buat benda online ni yang tak keapa2. Kita cikgu ni dikata budak 'chegu kayo'... mana taknya... dah sepanjang masa berkepit dengan tab... padahal kena online dengan servernya yang lembab macam kura-kura
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt