Satu keluarga lah berangkat ke rumah Mak Uda Di Felcra Lakai, Simpang Durian, n9. Hari raya pertama, chegu bersiaplah nak ke Mesjid solat sunat HrRyEdAdha ni, siap dari jam 8.30pg. Hairanlah sikit, semua kejiranan tengok aja kita ke mesjid ni, aiii...nahhh, takde solat HrRy ke?
Rupa2 nya, diaorang start jam 9pg dah!!!! Nasib dah telan beberapa nasi impit kat rumah tadi, sepatutnya HrRyEdAdha ni sunat makan lepas solat sunat, tah kenapa macam nak makan, terpaksa lah makan sebab dah di hidang, tup..tup.. balik solat jam 10pg. Tersengguk2 la masa dengar khutbah.
Sebab dah takde keje, maka Mak mertua cadang buat dodol lah sempena HrRyEdAdha ni. OK ada lah sikit resepi macamana nak buat dodol ni...
Wah, tukang kacau ye, tunjuk act la depan mertua, hehe |
Resepi Dodol
Bahan
15 biji kelapa diparut
6kg tepung gandum
3 ketul besar gula melaka
2 kampit gula
air secukupnya - santan dan gula (dilarutkan)
Cara-2
- Santan dari 15 biji kelapa di panaskan di dalam kawah. Kacau sehingga santan nampak berkilau dan pekat. Kalau nampak kurang air, sila tambah ye dan elakkkan api besar sehingga menghangitkan santan.
- Masukkan gula melaka dan gula yang telah dilarutkan, tapis lah supaya tiada ketulan2 gula dalam dodol
- Kacau
- 1jam ----- kacau
- 2jam ------kacau
- 8jam (bergantung tahap mana nak likat dodol, pastikan api tak terlalu besar)
Ni lah hasil dodol yang dibuat, cair sikit sebab tak larat dah nak kacau sampai 8 jam, dah angkat 5 jam je.... dodol buat makan sendiri je... bukan nak jual jadi takpelah labu.... Kira2 tapau, cukup la dapat 1 tapau besar untuk 5 keluarga, ada yang kecil dalam 7 tapau (dalam gambar atas kiri). Mana tau boleh bisnes.
4 hari cuti raya, akhirnya tak siap juga menanda. Last2 malam malam la bersengkang mata buat benda online ni yang tak keapa2. Kita cikgu ni dikata budak 'chegu kayo'... mana taknya... dah sepanjang masa berkepit dengan tab... padahal kena online dengan servernya yang lembab macam kura-kura
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua