Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 8 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Kira-kira 40 hari cuti sekolah maka 4 januari 2012 bermulalah sekolah balik. Tak tahu nak gembira ke nak sedih sebab macam rutin je balik kampung ni. Naik kapalterbang dah macam naik bas je. Bukan susah sekarang nak naik kapal terbang. Biasanya 2 jam dari JB ke KK

Dapat seat tepi tingkap
Sejak d sabah ni, line internet down sikit la. Susah betul nak online. sebelum ni pakai broadband d semjg. Kat sini ada edge je... jadi la. Jalan dari KK ke pitas ni pun banyak berubah, lopak sana-sini. Pun biasa je, dah bertahun-tahun macam ni juga kalau tiba musim hujan.


Bersihnye. mcm x percaya sebab selalunya
bersepah sikit
Dah mula sekolah, ada pembaharuan sikit kat bilik guru ni. Aircond dah servis, punyalah sejuk. Macam terasa rugi pula beli kipas tu. Terpaksa hasut diri supaya x terasa, sekarang ni musim hujan memang la tak guna, kalau musim panas nanti, nak pakai tie pun seksa ... huhu. Kemas sikit meja tahun ni sebab program 3S, tapi ni awal tahun je. kalau dah banyak buku pelajar nak tanda nanti, berselerak la sikit.



Tahun ni, semua guru-guru kena pakai coat sekali sebulan. Nah, nilah gayanya. Chegu duduk di belakang bukannya ape, sebab baris pun ditetapkan sekali.

Tahun nie, chegu mengajar tingkatan 2 sahaja. Subjek Matematik dan Kemahiran Hidup. Syukur selepas ada konroversi sikit tahun lepas. Apa-apapun dapat mengajar opsyen dah kira bagus sebab dah seronok mengajar math ni. Selamat tahun baru ... 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt