Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 17 Januari 2014

Kerja Awal Tahun Guru Kelas

Tahun 2014 ni, macam biasa lah, sebagai guru baru kat sekolah ni, memang dah jadi kebiasaan menjadi guru kelas. Mana-mana guru pun yang berpindah masuk atau posting baru tak akan terkecuali memegang jawatan ini.

Chegu buat posting ni untuk membantu anda, ye sebab mungkin anda tercari panduan macamana nak urus kelas, terutama kepada yang dah lama tak pegang kelas (guru lama) ataupun posting baru.

Pertama Perlu ada fail meja guru kelas.
Download Dokumen Fail Meja Guru Kelas

Kemudian, ambil semua maklumat penting dari pelajar anda. Sesetengah sekolah memang tak pedulikan langsung guru-guru kelas ni. Jadi tugas anda memikirkan sediri apa perlu dibuat. Jadi borang link dibawah ini harapnya boleh membantu. Ambil nama kedua ibu-bapa kerana nanti senang mengisi ADPM - sistem maklumat murid online. Sekolah chegu memang tak boleh diharap langsung kerana dasar penjimatan. Jadi sendiri memperbanyakkan borang untuk kemudahan kerja sendiri juga.
Download Borang Biodata Murid

Kemudian isi data online - nanti pihak pentadbir akan mesyuaratkan dan memberi kata laluan
http://cheguzam.blogspot.com/2014/01/apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid.html

Kemudian hiaslah kelas anda sendiri, saja chegu bagitahu sebab ada pernah chegu terbaca, Ada Yang Marah Cikgu Makan Gaji Buta. Perhatikan dari tadi chegu bagitahu semuanya kos sendiri, laptop nak buat semua kerja, duit sendiri, internet prepaid nak online data murid, pun duit sendiri juga, borang nak mudah kerja, duit sendiri, hias kelas pun duit sendiri. Katanya meeting je cikgu ni, macamlah diaorang ingat kita cikgu ni minat sangat meeting, kalau boleh takmahu pegi meeting, masuk kelas ngajar lagi baik.
Ceh ter emosi la plak. Kalau tak caya lihat ini ... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151924429727685&set=a.299100887684.148452.254691437684&type=1&theater

Senarai Semak Tugas Guru Kelas
- Isi Buku Daftar Kehadiran dan tanda kehadiran setiap hari
- Beri No Pendaftaran Sekolah setiap Murid Baru Masuk Sekolah (mungkin HEM / Kaunseling pegang)
- Isi kad 001
- Daftar Pinjaman Buku Teks pelajar
- Lantik Jawatan dalam kelas
- Isi SMM (Sistem Maklumat Murid) - prog mintak kat guru data
- Senaraikan komposisi kaum dalam kelas
- emm banyak tak?

Kepada yang buka "posting" ni diharap mudah menjalankan tugas anda. Selamat Menjalankan Tugas, KiKiKi

2 ulasan:

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt