Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 26 Januari 2014

Kenapa Tidak Kita Mencontohi Akhlak Orang Jepun

Selamat Sejahtera. Lama dah chegu tak menulis artikel yang berkualiti. Semuanya gara-gara nak mengejar blog-blog chegu yang lain supaya mencapai pageview yang tinggi. Tahun ini, Chegu akan memberi tumpuan pula pada blog ini kerana banyak perubahan yang berlaku dalam pendidikan sekarang ini.

Terbaru Chegu terdengar berita dari Astro Awani mengatakan di SJK(C) telah berlaku pekara yang mengejutkan dunia perguruan dimana beberapa pelajar didenda dengan menggantung lonceng di leher dan dipaksa makan rumput seakan-akan lembu di padang. Em jangan buat spekulasi, ianya masih diperingkat siasatan. Hehe saja nak tambah rating blog ni.

Tahun 2014, selain mengajar subjek matematik, Chgeu mengajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Emmm sedih chegu tengok pelajar-pelajar sekarang. Beza semasa chegu di Sabah dahulu, pelajar sangat menghormati guru, kakitangan malah pelawat yang datang walaupun hanya dari pihak ibu-bapa je pun. Di Johor ni, cikgu-cikgu membuat laporan mingguan, kata pelajar tak senyum, tak hormat pekerja (kakitangan) bukan guru, tak menjawab salam. Emmm perlu ke??? Apalah nak jadi

Kebetulan Ahad adalah perhimpunan rasmi untuk melantik Pengawas. STK menjemput Wakil Perhubungan Polis sebagai perasmi dan penyampai sijil. Adoiiiii aiiii.... Malunya sebagai guru sivik, Pelajar tak jawab salam dengan bersemangat... Hambarnya perhimpunan pagi tadi....

Jadi chegu mencari bahan nak ngajar supaya menjadi menarik... so terjumpa aritkel

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan: 


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Nampak tak.... Masa-masa-masa... Ni masyarakat kita kurang. Lihat amalan akhlak mereka apabila berkaitan dengan adab dan sivik. Setakat senyum, ucap selamat dan hormat, itupun susah, macamana nak ditambah kepada 10 amalan diatas.

Cabaran yang terasa amat berat letak kat bahu ni, Sedih melihat bangsa sendiri sangat lemah. Budaya supaya memperkasa sesuatu organisasi tiada.

Di peringkat guru pun sedih juga.... Chegu sendiri rasa macam orang asing kat negeri sendiri... Baik lagi masa merantau kat Sabah dahulu... Mana taknya, Dulu cikgu-cikgu disana amat bersatu dan ramah... sekarang di semenanjung ni, takde semangat nak pegi sekolah, sekurang-kurangya cikgu-cikgu sepatutnya senyum kalau dah beratsangat nak beri salam / selamat pagi... yang ringan ucap selamat pun orang BUKAN ISLAM.

Chegu tak dapat bayangkan apa akan jadi kepada struktur sekolah kalau budaya mengasingkan diri dan buat kerja tanpa rasa kekeluargaan ni akan berlangsung. Patut juga pelajar tak beri salam, cikgu masam je muka tak mahu sambut salam selamat pelajar. AHAAIIIII.....

3 ulasan:

  1. Tak payah nak mencontohi akhlak jepun yg NERAKA. Patutlah tiap-tiap tahun kena gempa bumi, Negeri NERAKA ni pembuat video lucah terbesar, ada taman seks- berbagai jenis patung seks di sini, game show berunsur lucah, ada sesetengah macam tandas lelaki, tapi disebelah dinding tandas itu dibuat beberapa lubang, di mana wanita jepun, akan menjalankan "kerja terkutuk" melalui lubang tersebut. Orang Bodoh je yang nak mencontohi akhlak jepun bagero ni.

    Kalau nak contoh akhlak, contohi akhlak Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  2. Memang betul, semua tu memang wujud... maksud chegu tiru yang baik..

    Chegu ngajar Sivik. Maksudnya ada pelajar melayu, cina dan india. Jadi tak salah mengambil contoh baik untuk belajar. Kena juga fikirkan jika memberi contoh Rasulullah S.A.W.

    Akhlak Rasullullah memang terbaik. Tapi mengapa masih berlaku kes Rogol, samun, dll... Orang Melayu Juga Yg Buat..Islam Ke TU

    BalasPadam
  3. Begitulah sukarnya bila ingin mengambil contoh sebahagian sahaja akhlak terbaik dari negara Jepun tetapi dalam masa yang sama mereka juga memperlihatkan akhlak yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Peribahasa ada mengatakan yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Apa pun yang ingin kita contoh pastikan dulu kita telah memahami dan mempelajari dulu apa yang Islam anjurkan terutama sekali memahami peribadi dan akhlak Rasulullah S.A.W. secara total. Barulah kita boleh memahami dan mempelajari budaya orang lain apatah lagi orang itu bukan Islam.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt