Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 30 Januari 2014

Semak Ujian Kopentensi ICT

Tahun lepas, sibuk cikgu-cikgu mengisi ujian Kopentensi ICT. Ape tu??


Ujian ni bagi menentukan tahap pendedahan guru-guru berkenaan penggunaan teknologi dan internet dimana soalannnya berkenaan komputer, cd, internet, dan sengkatan dengannya. Emmm hari ini dah keluar satu web khas menetukan anda lulus atau tidak ujian tersebut

Klik Link Ini Untuk Semakan

Masukkan no kad pengenalan anda dan semak.... Amacam, ada berani?? Chegu dah chek.. em statusnya rahsia. Kita tunggu apakah yang akan terjadi kelak.

Rabu, 29 Januari 2014

Budget Menghias Kelas

Salam dan selamat kepada pembaca... Chegu buat posting untuk guru-guru yang terkira-kira berapakah kos nak menghias meja menggunakan tikar getah. haha.. tema coklat kuning sebab langsirnya dah siap sedia kaler coklat kuning

Buat sendiri - Anak murid ting 1
Chegu tak percaya kat diaorang

Kenapa dgn tikar getah ni.. Uh... Chegu dah pernah cuba guna pembalut hadiah atau alas meja plastik, kesudahannya jahanam dalam 2-3 bulan. Tikar getah ni, mungkin akan bertahan sehingga setengah tahun, malahan kalau anak murid tu cermat, sampai ke hujung tahun masih bertahan walau telah koyak sebab ianya tebal, jadi lasak. Cuma Chegu agak tak setuju dengan pihak sekolah suruh pelajar letak kerusi atas meja .... duit sendiri oooooooohhhhhh....... (Terpaksa Makan Hati dibuatnya...HiHiHi)

Tapi ada guru-guru yang tertanya-tanya nak membeli berapa banyak. Sedangkan kos membeli segulung tikar getah hanya RM 150 = 20 meter. Em.. Chegu tak pasti harga ini... kena tanya kedai lah .. ok?

So dah kena kat cikgu matematik, kiki, kerjanya mengira je. So formula Chegu untuk kiraan

1 setengah meter = 4 meja pelajar (meja kayu pelajar dlm 70x30cm)
so
40 meja = 15 meter

Em mana lebih baik beli potong meter harganya selalunya akan lebih mahal dari segulung tikar getah. Jadi kena fikir sendirilah... Lebihan mana tahu, lebihan boleh letak kat papan kenyataan.

2 orang je pelajar 1era2 yang membantu
Kalau ramai2 takut semak.. sebab

Stapler gun ada 1 je. Beli masa kat Sabah,
More Chance, Kota Marudu
Tag tanda harga masih ada ... Sangat berjasa benda ni
(Suatu pelaburan yang tak sia-sia)
Lepas ni nak hias birai meja. Nak letak skirting... kau ingat kereta je letak skirting,,, meja pun jugak .. tau!!!

Ahad, 26 Januari 2014

Kenapa Tidak Kita Mencontohi Akhlak Orang Jepun

Selamat Sejahtera. Lama dah chegu tak menulis artikel yang berkualiti. Semuanya gara-gara nak mengejar blog-blog chegu yang lain supaya mencapai pageview yang tinggi. Tahun ini, Chegu akan memberi tumpuan pula pada blog ini kerana banyak perubahan yang berlaku dalam pendidikan sekarang ini.

Terbaru Chegu terdengar berita dari Astro Awani mengatakan di SJK(C) telah berlaku pekara yang mengejutkan dunia perguruan dimana beberapa pelajar didenda dengan menggantung lonceng di leher dan dipaksa makan rumput seakan-akan lembu di padang. Em jangan buat spekulasi, ianya masih diperingkat siasatan. Hehe saja nak tambah rating blog ni.

Tahun 2014, selain mengajar subjek matematik, Chgeu mengajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Emmm sedih chegu tengok pelajar-pelajar sekarang. Beza semasa chegu di Sabah dahulu, pelajar sangat menghormati guru, kakitangan malah pelawat yang datang walaupun hanya dari pihak ibu-bapa je pun. Di Johor ni, cikgu-cikgu membuat laporan mingguan, kata pelajar tak senyum, tak hormat pekerja (kakitangan) bukan guru, tak menjawab salam. Emmm perlu ke??? Apalah nak jadi

Kebetulan Ahad adalah perhimpunan rasmi untuk melantik Pengawas. STK menjemput Wakil Perhubungan Polis sebagai perasmi dan penyampai sijil. Adoiiiii aiiii.... Malunya sebagai guru sivik, Pelajar tak jawab salam dengan bersemangat... Hambarnya perhimpunan pagi tadi....

Jadi chegu mencari bahan nak ngajar supaya menjadi menarik... so terjumpa aritkel

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan: 


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Nampak tak.... Masa-masa-masa... Ni masyarakat kita kurang. Lihat amalan akhlak mereka apabila berkaitan dengan adab dan sivik. Setakat senyum, ucap selamat dan hormat, itupun susah, macamana nak ditambah kepada 10 amalan diatas.

Cabaran yang terasa amat berat letak kat bahu ni, Sedih melihat bangsa sendiri sangat lemah. Budaya supaya memperkasa sesuatu organisasi tiada.

Di peringkat guru pun sedih juga.... Chegu sendiri rasa macam orang asing kat negeri sendiri... Baik lagi masa merantau kat Sabah dahulu... Mana taknya, Dulu cikgu-cikgu disana amat bersatu dan ramah... sekarang di semenanjung ni, takde semangat nak pegi sekolah, sekurang-kurangya cikgu-cikgu sepatutnya senyum kalau dah beratsangat nak beri salam / selamat pagi... yang ringan ucap selamat pun orang BUKAN ISLAM.

Chegu tak dapat bayangkan apa akan jadi kepada struktur sekolah kalau budaya mengasingkan diri dan buat kerja tanpa rasa kekeluargaan ni akan berlangsung. Patut juga pelajar tak beri salam, cikgu masam je muka tak mahu sambut salam selamat pelajar. AHAAIIIII.....

Sabtu, 25 Januari 2014

SBA bukan PBSMR - Semuanya hanya spekulasi

Post sebelum Chegu telah ceritakan sebenarnya PBSMR hanya spekulasi percakapan mulut-kemulut. Benda ni tak betul. post lama sila ambil perhatian pbsmr tak wujud

Hee.. gambar pelajar buat PBS pendidikan seni visual
(melukis)

Tapi Ada pula pengumuman dalam berita TV# kata SBA yang akan ganti PMR untuk penilaian pelajar Tingkatan 3.

SBA TU APA PULA? Ia adalah bermaksud Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Mana sumbernye, dari suratkhabar online. Klik sini. Sejauh mana kesahihannya, chegu pun takdapat pastikan. sebab take pekeliling yang mengatakan apa-apa pun. Kita tunggu sahaja

Sumber pun hanya SBA peringkat STPM je, klik sini.


Jumaat, 24 Januari 2014

PKBM Orentasi Pelajar Tingkatan 1 - Sek Tinggi Kluang

Hari ini seharian pelajar tingkatan 1 diorentasikan oleh Unit Beruniform PKBM. em Chegu sendiri pun tak tahu apakah PKBM ni. Selepas google barulah dapat tahu rupanya ianyanya adalah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, salah satu unit berunifom berasaskan Tentera Malaysia. dah jadi guru penasihat, tu yang kena ambil tahu... dohh
Bergambar dgn barisan AJK (Fasi)
Berbeza dengan pengalaman chegu masa di sekolah di pedalaman sabah. Dulu semuanya dari peringkat melatih, mengelola dan kewangan 100% tenaga chegu. Bezanya sekarang, semua pelajar kat Sekolah Tinggi Kluang telah didedahkan dengan asas badan berunifom. Senang, sebab ada dah majlis tertinggi PKBM yang mengatur dan melaksanakan program. Chegu? Buat Ape?? em sekadar penasihat 20 persen. Program orentasi ni tujuannya melatih rekrud baru sambil mencari pelapis bagi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dalam masa terdekat dan mencari AJK tertinggi untuk mewakili tingkatan 1.

Program start pagi jam 8. Tapi sebab ketua Penasihat Cikgu Faiz ada, Chegu datang sebelah petang selepas solat Jumaat. Sampai je diaorang dah start latih kawad kaki. Pagi diaorang ceramah je.
Melatih Kawad Kaki
Pengerusi menunjuk cara kawad, em chegu tak tahu nama dia, panggil Shrek, ala budak ni yang tahun lepas masuk cerita Shiro dalam TV Warna, dia duduk belakang ajak masa kenakan cikgunya dengan cicak. Hehe, kira mahu juga nak menumpang popularitinya... hehe, layakkkkeeeee?

Chekpoint Ikatan dan Gajet
Mengupas kulit kelapa dengan batu

Masak ikan dengan bara

Majlis Penutup dan menerima sijil penyertaan

AJK baru
Memang best. Tak sangka sangkaan chegu meleset sebab dulu ingatkan pelajar pedalaman je yang tahan lasak, kat STK ni pun tak kurang juga (sorang ni je la). Yang lain lembik je. Cuma chegu tak tengok lagi kalau buat survival di hutan. Ni kat sekolah je. Tapi, tengok gaya, semua pelajar boleh diharap. So sangkaan pelajar kat bandar ni tak tahan untuk pekara-pekara lasak perlu diubah sikit, tak semua ...

Ikea Malaysia - Jualan hebat

Selingan Iklan Nuffnang buat pengunjung blog chegu. Menarik bulan Januari 2014, Ikea menawarkan beberapa barangan untuk hiasan Rumah dengan harga berpatutan. Hias rumah anda sehingakan orang melihat rumah indah bagai mahligai, tetapi dengan kos yang murah.

Masa operasi adalah dari hari Isnin - Khamis (9.30pg-10mlm) dan Jumaat-Ahad serta cuti umum (9.30pg-11mlm)

anda boleh kunjungi halaman webnya di http://www.ikea.com.my

IKEA - Mutiara Damansara, Malaysia


DIV almari terbuka, jimat ruang

Jumaat, 17 Januari 2014

Kerja Awal Tahun Guru Kelas

Tahun 2014 ni, macam biasa lah, sebagai guru baru kat sekolah ni, memang dah jadi kebiasaan menjadi guru kelas. Mana-mana guru pun yang berpindah masuk atau posting baru tak akan terkecuali memegang jawatan ini.

Chegu buat posting ni untuk membantu anda, ye sebab mungkin anda tercari panduan macamana nak urus kelas, terutama kepada yang dah lama tak pegang kelas (guru lama) ataupun posting baru.

Pertama Perlu ada fail meja guru kelas.
Download Dokumen Fail Meja Guru Kelas

Kemudian, ambil semua maklumat penting dari pelajar anda. Sesetengah sekolah memang tak pedulikan langsung guru-guru kelas ni. Jadi tugas anda memikirkan sediri apa perlu dibuat. Jadi borang link dibawah ini harapnya boleh membantu. Ambil nama kedua ibu-bapa kerana nanti senang mengisi ADPM - sistem maklumat murid online. Sekolah chegu memang tak boleh diharap langsung kerana dasar penjimatan. Jadi sendiri memperbanyakkan borang untuk kemudahan kerja sendiri juga.
Download Borang Biodata Murid

Kemudian isi data online - nanti pihak pentadbir akan mesyuaratkan dan memberi kata laluan
http://cheguzam.blogspot.com/2014/01/apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid.html

Kemudian hiaslah kelas anda sendiri, saja chegu bagitahu sebab ada pernah chegu terbaca, Ada Yang Marah Cikgu Makan Gaji Buta. Perhatikan dari tadi chegu bagitahu semuanya kos sendiri, laptop nak buat semua kerja, duit sendiri, internet prepaid nak online data murid, pun duit sendiri juga, borang nak mudah kerja, duit sendiri, hias kelas pun duit sendiri. Katanya meeting je cikgu ni, macamlah diaorang ingat kita cikgu ni minat sangat meeting, kalau boleh takmahu pegi meeting, masuk kelas ngajar lagi baik.
Ceh ter emosi la plak. Kalau tak caya lihat ini ... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151924429727685&set=a.299100887684.148452.254691437684&type=1&theater

Senarai Semak Tugas Guru Kelas
- Isi Buku Daftar Kehadiran dan tanda kehadiran setiap hari
- Beri No Pendaftaran Sekolah setiap Murid Baru Masuk Sekolah (mungkin HEM / Kaunseling pegang)
- Isi kad 001
- Daftar Pinjaman Buku Teks pelajar
- Lantik Jawatan dalam kelas
- Isi SMM (Sistem Maklumat Murid) - prog mintak kat guru data
- Senaraikan komposisi kaum dalam kelas
- emm banyak tak?

Kepada yang buka "posting" ni diharap mudah menjalankan tugas anda. Selamat Menjalankan Tugas, KiKiKi

Jumaat, 10 Januari 2014

APDM - Aplikasi Pangkalan Data Murid

APDM buat guru-guru bermaksud, kikiki, Selamat menjalankan tugas sebagai guru kelas. Anda amat bertuah kerana akan mengunakan akses ke halaman ADPM ini untuk mengemaskini data pelajar dalam kelas anda.

Klik untuk ke halaman ADPM

Lawati lamannya di sini - http://apdm.moe.gov.my/index.php

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 pagi hingga 12:15 pagi setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

Buat guru yang masih tak tahu atau pertama kali gunakannya, disini ada panduan bergambar

klik gambar untuk besarkan

Masuk dan login (katalaluan daripada pentadbir)
gambar no 1 - Klik daftar murid
gambar no 2 - Klik daftar murid
Masukkan IC dan klik teruskan

Ok, isi maklumat murid satu persatu


Kena Update BR1M 2.0 kepada 3.0

Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye? Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai Desember 2013. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di: - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/#sthash.am1ScWhB.dpuf

Yang pernah mohon BR1M 2.0 pun kena apply dengan update data yang dahulu kat link yang sama

ShareIt