Lokasi di rumah chegu sendiri, he.. sambilan menanam untuk santapan sendiri.
Tempat semaian benih |
Sebelum memulakan tanaman, pekara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal penanaman adalah
1) Mengenal pasti tapak
2) Membersih tapak
3) Menggembur tanah
4) Membina batas
5) Membaja asas
6) Meletak sungkupan
Batas tanaman sayuran kacang panjang |
-- info --
Kacang Panjang - Sejenis kekacang yang popular serta tanaman menjalar sepanjang tahun. Berbentuk Panjang, kulit keras, berisi kekacang di ruang yang sempit. Tumbuhan ini dapat menahan keasidan tanah dan dapat membesar dikawasan yang kurang menerima jumlah hujan pada satu-satu masa
Cili |
MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
Terung |
Baru usia seminggu kebun Chegu nih. Tak banyak tanaman lagi. Dalam perancangan nak tambah tanaman bendi. Chegu ambil faktor cepat memperoleh hasil kerana tanaman kekacang ni cepat mengeluarkan hasil. Bagus menanam di tepi halaman rumah kerana sayuran sudah terlalu mahal sekarang ni.
Anda dan keluarga sukakan sayuran dan berkilo-kilo ikan yang segar? Caranya mudah saja iaitu melalui sistem akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa 5 minit sehari untuk berkebun cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke pejabat. Tidak perlu menyangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk lama yang menyiksa badan. Sistem akuaponik tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya perlu memberi ikan anda makan dan anda akan mendapat sayuran dan ulam yang segar serta bebas racun.
BalasPadamHubungi 0134499728 atau e-mail ke kifayahternak@yahoo.com untuk mendapatkan video cara-cara membuat mini akuaponik.