Dua lagu kami guru-guru berlatih dan salah satunya adalah lagu Begawan Solo. GURU terlibat disebabkan ada guru-guru yang lain terpaksa meninggalkan tugas kerana menghadiri kursus.
Rabu, 29 Jun 2011
Latihan Angklung
Sudah dua minggu GURU berlatih anglung sempena untuk persembahan di Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas yang di buat di sekolah GURU.
Dua lagu kami guru-guru berlatih dan salah satunya adalah lagu Begawan Solo. GURU terlibat disebabkan ada guru-guru yang lain terpaksa meninggalkan tugas kerana menghadiri kursus.
Dua lagu kami guru-guru berlatih dan salah satunya adalah lagu Begawan Solo. GURU terlibat disebabkan ada guru-guru yang lain terpaksa meninggalkan tugas kerana menghadiri kursus.
Labels:
majlis
Selasa, 28 Jun 2011
Taklimat Kesatuan Guru Sabah
Jam 9.40 pagi tadi, GURU diberitahu ada taklimat kesatuan guru sabah di bilik mesyarat. Sudahlah waktu tersebut waktu rehat, baru sahaja mahu menikmati aircond di bilik guru (maklum sahaja cuaca panas sekarang), ada saja panggilan.
Maka dengan tekunlah pelawat tersebut membicarakan kepentingan guru berkesatuan. Tapi yang menariknya, sudah lama kesatuan ini ditubuhkan, kenapa baru sekarang ianya terbit. Mungkin GURU tidak prihatin.
SEKADAR CATATAN tertanya, kenapa kesatuan-kesatuan guru ini lebih menjurus kepada kepentingan insuran. Kemudian berkali-kali mencebik guru-guru "hanya memotong RM 25 sahaja sebulan, takkan tidak mampu". Alasan kesatuan terpaksa memberi sumbangan sekiranya guru-guru meninggal seperti contoh yang diberi, guru besar meminta kesatuan menyumbang RM 500 kepada guru yang meninggal, kalau 10 orang dari mana dana mahu dikutip.
Bila pertanyaan guru lain, bolehkah menjadi ahli tanpa dipakejkan sekali dengan insurans, maka kesatuan menyatakan insurans mesti dibayar, dan pulangan pembayaran akan dibuat jika pencen. Persoalannya bukan segelintir kami yang tidak mahu membayar pada kadar RM25 sebulan, tetapi sudah lengkap kami mempersiapkan diri dengan insuran persendirian. Semua cerita kesatuan tidak ubah seperti jurujual insurans yang acapkali masuk ke bilik guru saban hari.
Apa yang mungkin GURU faham, mungkin apa yang diperjuangan adalah untuk kebajikan dan mungkin untuk kesinambungan kesatuan meneruskan operasi.

semasa
Nasi Goreng Lalap
Hehe, ada satu menu di Pitas, Sabah ini namanya nasi goreng lalap. Saja-saja upload gambar ni, 'adding a sabahan flavour'
Labels:
menu
Memancing 25 & 26 Jun 2011
Guru berkesempatan cuti hujung minggu dengan memancing sekitar muara Kanibongan, Pitas sehinggalah muara Paitan, Beluran. Trip 2 orang dengan perahu sendiri. Misi trip kali ini adalah dengan teknik casting, sekali sekala dengan menunda.
![]() |
| gerpoh / putih |
![]() |
| hasilan - pengaluan 2.2 kg, kerapu dan putih |
![]() |
| kerapu dan selipar |
| ||
| Kluang |
Menarik kali ini GURU sempat merakam gambar kumpulan Kluang yang disangkakan burung terbang keluar dari sarang jam 6.30 petang. Lama GURU tidak melihat kluang ini sejak dari kecil (asal GURU dari Kluang, Johor)
Labels:
Pancing
Langgan:
Catatan (Atom)