Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 17 Ogos 2015

Game transformation

Untuk anda mantapkan lagi pemahaman transformasi, jom main game ini..



Atau, Klik Link Ini untuk paparan lebih besar

nota : perlukan flash player, untuk android, buka melalui UCBrowser dgn downloadnya disini

rekod chegu buat. ada satu nyawa lagi tapi ngantuk dah malam


Jadi, chegu buat pertandingan untuk anak murid chegu sahaja, kelas 2RK1, 2ERA2 DAN 2TES1. Printscreen markah tertinggi anda dan email kepada chegu2@yahoo.com

Jangan lupa letak nama dan kelas anda

Hadiah menarik menanti
1. RM 20
2. RM 10
3. RM 5
dan 5 hadiah saguhati

Tarikh tutup 31 Ogos 2015

Sabtu, 4 Julai 2015

Nota Matematik Tingkatan 2 | Bab 8 : Koordinat (Coordinate)


Koordinat mengikut sistem Satah Chartesian (Coordinate in Chartesian Plane)

tag : Paksi-x, Paksi-y, asalan, Kuadrant I, Kuadrant II, Kuadrant III, Kuadrant IV, Plot titik,
x-axes, y-axes, origin, standard form, Quadrant I, Quadrant II, Quadrant III, Quadrant IV,


Latihan Membaca dan Memplot titik koordinat

 Latihan Skala Koordinat


Bahan Bantu Mengajar (Perlu Flash Player)

Klik Sini

Interaktif Permainan Koordinat

Klik SiniBerikan makan labah-labah mengikut koordinat



Lagi Nota Matematik Menengah rendah di pautan:
http://cheguzam.blogspot.com/2013/03/nota-padat-matematik-ting-12-dan-3.html

Ahad, 7 Jun 2015

Khasiat Kacang Botol atau Kacang Kelisa

Petang tadi, adalah tergatal tekak nak merasa ayam peneyet... lama tak makan. Jadi setelah siap beli ada ula ulam yang diletak agak bukan yang biasa... selalunya timun dan salad... ada pula kacang botol diletakkan bersama..

Em buat yang tak Tahu ni ye gambar kacang botol

Maka tercarilah Khasiat-Khasiatnya Kacang Botol

Kalau disebutkan pasal ulam atau sayur sudah pasti ramai yang mengelak. Apakah sebabnya? masyarakat sekarang terutamanya generasi muda kurang meminati makanan berasaskan ulam atau sayur-sayuran. Namun sedarkah kita bahawa tumbuhan-tumbuhan hijau ini banyak menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya ingin membawa anda merungkai khasiat disebalik kacang botol.

Kacang botol ini lazimnya dijadikan ulam dalam juadah masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Psophocarpus tetragonolobus merupakan nama botani kepada pokok kacang botol ini. Pokok kacang botol ini tumbuh secara menjalar. Buahnya mempunyai empat cuping dan berwarna hijau muda (muda) dan hijau gelap (tua). Buah kacang botol ini sedap dimakan ketika muda kerana rasanya yang ranggup dan tidak keras.

Ulaman dengan cecahan sambal belacan
wow terangkat

Khasiat Kacang Botol

-kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.
- mempunyai banyak protein.
-daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian.
-kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya.
-kacang botol dapat mengubati serangan demam campak.
- akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo.
-air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah.
-daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.
-mengandungi 30% kandungan karbohidrat.

Oleh itu,marilah kita mengamalkan pemakanan kacang botol ini . Amalkan hidup sihat;)

Ahad, 10 Mei 2015

Tema Hari Guru 2015

Tahun 2015 memang sangat-sangat sibuk. Begitu banyak perubahan dalam sistem pendidikan sekarang ini. Bukan sahaja anak murid, malah guru juga tak terlepas dengan cabaran pendidikan sekarang ni. Terkini, chegu sedang berusaha menerapkan soalan HOTs dan LOTs (Kemahiran berfikir aras tinggi). Chegu dah agak memahami, jawapannya adalah pelbagai (soalan banyak jawapan) tapi Pelajar macam ada pening-pening lalat...

Nampakya sekarang chegu nak mintk tolong kat guru-guru lain, boleh bagi nasihat tak, ataupun buah fikiran cara nak terapkan soalan ni di sanubari anak pelajar sekarang ni...



Tema Hari Guru

Berikut merupakan definisi dan huraian tema Hari Guru 2015

"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Hari Guru KPM 2015
HURAIAN TEMA HARI GURU 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

1. DEFINISI

1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

2. HURAIAN

2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, 9etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Pra Sambutan Hari Guru 2015


Macam tahun-tahun sebelumnya, hari guru akan ada pertandingan-pertandingan antara-guru-guru, saja seronok-seronok untuk tujuan mengikat tali persahabatan dan ukhwah antara kami guru-guru.

Jadi, pertandingan bowling diadakan oleh kelab kebiru sekolah di Kluang Mall. Tahun ini lebih meriah, Ramai guru dapat hadir. Mungkin sebab dianjurkan waktu malam Jumaat, waktu cuti hujung minggu...

Skor chegu segan nak caka sebab tak mengancam bunyinya... Tak de satu kategori pun yang chegu menang... alah... buat seronok hujung minggu je.

Lepas ini pertandingan badminton regu guru lelaki... mungkin bleh menang plak kat sini...

Ahad, 12 April 2015

Mancing Kolam di Minyak Beku, Batu Pahat

Lama dah tak memancing ikan besar. Dah takde geng yang nak turun laut, chegu ubah hala mancing kolam buatan kat DS fishing kat Minyak Beku, Batu Pahat Johor.

Chegu mancing midnight, harga RM 65 dari jam 12 mlm sampai 6 pagi. Tapi sekarang dah kena GST 6%. Amacam, masih ada unsur ngaja juga. Anak murid sekian, berapakah harganya kalu dah GST....

Ala, mancing kat kolam B je, ikannya dijamin dlm berat 1kg ke atas. Ikannya jenis ikan air masin. Saja mancing waktu hujung minggu sama rakan-rakan guru.


Hasilnya hanya seko je ikan merah. Timbang adalah 1.3 kg. Semalaman mancing dapat seko... em bolehlah, sebelum ni mancing ikan liar, ikan kolam x dpt rentak lagi...

Ikan selamat dlm periuk masak asam pedas... sekeluarga dpt makan. Nasiblah dpt, kalau tak... hihi bangau oh bangau lah

Jumaat, 6 Februari 2015

Khasiat Air Kelapa Alternatif Air Isotonik

Tahukah Anda bahawa air kelapa terbukti rendah kalori, bebas lemak dan kolesterol, mengandungi lebih banyak kalium jika dibandingkan dengan pisang, dan sangat baik bagi orang yang kehausan... em patut la sebab haus, apa-apa air pun akan mujarab.

Air kelapa sebenarnya mengandung karbohidrat yang mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Sekitar 30 ml air kelapa tanpa pemanis mengandung 5.45 kalori, 1.3 gram gula, 61 mg kalium, dan 5.45 mg natrium. Em masih kabur ke fakta statistik ni. takpe teruskan membaca...

Berdasarkan sebuah penelitian, para pengkaji menemui bahawa air kelapa memang lebih baik untuk menggantikan cairan yang hilang dibandingkan dengan minuman tenaga di pasaran atau air putih, akan tetapi hanya bila Anda mengambilnya air kelapa dalam kuantiti ataupun dalam jumlah cukup banyak.

Pada ahun 2007, ada kajian menemui, air kelapa yang diperkaya oleh natrium memiliki khasiat yang sama seperti minuman tenaga yang sering digunakan untuk mengganti cairan tubuh setelah penat dengan aktiviti bersukan.

Kemudian kajian lain pula mendapati air kelapa juga membuat orang yang minum tidak akan berasa mual, merasa lebih kenyang, tidak mengganggu pencernaan, dan lebih mudah di hadam dalam jumlah banyak untuk tujuan mengembalikan air yang hilang dari tubuh.

Setakat hingga ke hari ini, masih lagi tak pasti adakah air kelapa mampu merawat dan mengubat kanser. Tetapi kalau dah tahu akan khasiat air kelapa, kenapa ianya tidak di perluaskann penggunaannya dengan dijual dalam air kotak ke, dipek sejuk ke..??.. Kalau ada kan lebih baik sebab air tenaga sekarang ni ada kandungan karbonat (gas)

ShareIt