Ayam jantan seringkali dikaitkan dengan berkokok - kikiki, takkan pula ayam betina nak berkokok pula... Chegu terfikir akan topik ni sebab ada yang mengaitkan isu ayam berkokok malam dengan unsur mistik - lepas tu takut tak semena-mena.
Sepanjang pengalaman Chegu di pedalaman Sabah dahulu, tak terpikir pun ayam berkokok ni menakutkan. Lumrah memang ianya akan berkokok awal subuh.. malahan sebelum subuh... memang berguna sebab subuh di Sabah awal 1 jam dari di semjg, Jam 5 pagi tu. Sejak panduan ayam hutan ni berkokok, emm... subuh dah tak terlajak..nak harap surau jauh dihujung kampung, tak dengar... alhamdulillah
Ada lagi, Pengalaman ni Chegu dapat ketika memancing udang galah.. biasanya chegu akan berpandu pada pasang surut air sebab air bergerak sahaja udang ni mematuk. Kat Sabah dulu, air pasang surut berlaku hampir 4 kali sehari, masa giat mendapat hasil, sibuklah ayam berkokok... asal dapat je udang bergasak, ada ayam berkokok.. Pernyataan chegu ni dikuatkan setelah bertanya pd org lama, memang ayam berkokok pada waktu pasang surut.
Hadis sahih Muslim ni berkenaan ayam.. ia nampak malaikat, tak macam anjing dan keldai yang nampak syaitan..
Kesimpulannya, bebanyak lah kita berdoa ketika waktu subuh ketika ayam sedang berkokok.. Malaikat rahamat sedang berkeliaran mendoakan orang yang bangun untuk mengingati Allah..
Mungkin waktu air pasang dan surut, ada malaikat yang ditugaskan menjaga kejadian ini disaksikan ayam sehingakan ianya berkokok.. tak mustahil yekedok!
Khamis, 17 April 2014
Sabtu, 5 April 2014
Kad Kutipan Parenthon
Huu... semua kakitangan sekolah, tak kira guru, murid dan kakitangan kena kutip derma... Semalam sempena cuti Jumaat, ada segerombolan pelajar datang ke rumah minta derma... Rupa-rupanya rumah cikgu lah, Bukannya chegu tak mahu derma, Chegu sendiri kena pungut juga.
Bukannya apa, duit ni untuk kegunaan prasarana sekolah juga. Ada projek pemuliharaan pintu-pintu yang telah kopak... Kalau tak percaya cuba lihat Drama Shiro Kat TV Warna Astro tu... Pintu bilik darjah masa diaorang kena denda bercangkung kat luar bilik darjah tu mana ada daun pintu... Hampir 20% pintu bilik-bilik darjah kat STK ni takde daun pintu...huhu... dan untuk kegunaan lain-lain.. Kebetulan sekolah tahun ni ada Sambutan Ulangtahun Ke-75 Tahun, Sambutan Jubli Intan (
Jadi, Ada salah tak nak minta kat pembaca-pembaca blog Chegu untuk menderma... emm kalau minat bolehlah email di chegu2@yahoo.com, guna online banking / masukkan ke akaun bank dan beritahu dlm email, nak tulis nama sebagai Hamba Allah pun boleh (Teringat masa kecik dulu mintak derma ke rumah-rumah, Tak sangka dah tua bangka ni pun kena but benda sama)
Tak paksa, saja post kalau ada nak bersedekah, Jom tengok vid dari thailand, Banyak nilai murni boleh kita belajar
.
Langgan:
Catatan (Atom)