Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Sabtu, 31 Ogos 2013

Seni Anyaman Tingkatan 1

Tahun ini subjek chegu mengajar adalah salah satunya pendidikan seni visual tingkatan 1. Maka pengajaran minggu ini adalah seni anyaman.

Ada beberapa jenis seni kelarai yang biasanya dibuat pada tikar anyaman mengkuang. Pbs PSV tingkatan satu menilai pelajar mampu menganyam beberapa corak yang diperkenal guru dan membentuk motif berulang.

Paling baik pelajar dapat menyerap dan mengaplikasi pembelajaran lepas iaitu jalinan, kontra, motif negatif-positif dan lain-lain, mana yang sesuai.

Alatan yang digunakan - Kertas lukisan, kertas warna, selotape / gam dan gunting / pisau memotong.
(lebar setiap satu jalur = 1cm)

Berikut merupakan contoh-contoh terbaik evidens pelajar

Ini bagus, ianya menggabungkan corak positif dan negatif
pada anyaman


Anyaman ini menunjukkan pelajar memahami konsep penegasan,
cuma warna yang digunakan agak malap

Chegu memberi kebebasan dalam mengembangkan idea pelajar. Motif yang chegu ajar adalah seperti gambar dibawah
Motif flora - tampuk manggis

i
Ini anyaman yang chegu buat sebelum kelas sebagai ABM

2 ulasan:

  1. Chegu Zam ni cikgu PSV ke? sebab kebanyakan Entry berkaitan dengan seni.. So, mengingatkan sy pada kelas2 seni zaman sekolah.. best2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun 2013 je... sebab chegu masuk kat sekolah sekarang dah bulan 7 ... jd pukul rata je, apa pentadbir beri, ngaja je.. mcm bidan terjun pun juga.

      Tahun 2014 balik semula ngaja Math... em mcm bosan juga sbb dah biasa sangat ngaja math

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt