Assalamualaikum... buat semua pembaca yang secara sengaja ataupun tidak, chegu dengan rasa sedih mengenangkan isteri yang amat disayangi Nor Zanariah Binti Abu Bakar telah pergi ke rahmatullah pada 4hb April 2013. Allahyarhamah meninggal sejurus melahirkan anak sulung perempuan kami, Nur Zahirah. ... Al-Fatihah
Mungkin masih terbuku di hati, ada perasaan tidak puas hati chegu biarpun dah chegu dapat terima ketentuan Allah S.W.T. Pihak Hospital seolah-olah men
diamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan.
Nasihat chegu kepada semua bakal ibu-bapa yang akan menyambut kelahiran supaya menjauhkan diri daripada HOSPITAL SEGAMAT, kerana apa yang berlaku kepada chegu diharapkan tidak berulang, Carilah hospital pakar yang lain, ataupun sekurang-kurangnya ke hospital-hospital besar. Setengah kengkawan chegu lebih selesa untuk melahirkan anak di rumah sahaja.
Kes chegu tidak mendapat sebarang ucapan takziah / sebarang kata putus keadaan kes ataupun memberi perangsang kepada chegu atas musibah yang amat berat terpaksa chegu terima. Kemudian sepanjang masa 10 hari, ada dua kes kematian, anak tersedak susu berlaku pada masa yang sama. Biarlah chegu mendapat tindakan oleh pihak berkuasa menyebarkan daiyah yang buruk ini,
CHEGU TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA HOSPITAL KERAJAAN SAMPAI BILA2
hosp cuai, doktor takpandai buat kerja, Kecuaian yang tak sepatutnya, Menyalahkan waris tidak membuat bedah siasat.