Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 12 September 2011

Pekan Semporna | Sabah

Sempat chegu mengambil beberapa gambar ketika mengunjugi Semporna sempena cuti hujung minggu. Perjalanan dari Pitas, Sabah ke Semporna mengambil masa kira-kira 8 jam. Chegu menaiki kenderaan diesel dengan kos perjalanan pergi balik kira-kira RM 200, dengan jauh perjalanan sepanjang 1000 km.

Mercu tanda Pekan Semporna

Pandangan Masjid Pekan Semporna, Sabah dari laut

 Suasana Pagi di  Pekan Semporna

Pasar

Hotel Dragon Inn, Floating nama popularnya. Di sini anda boleh mencari jeti khas supaya boleh ke pulau-pulau terkenal seperti Pulau Sipadan.

Challet penginapan atas air

Restoran terapung menyajikan makanan laut yang segar. Ada pelbagai ikan seperti ikan merah, tembaring, kerapu dan pada gambar di atas adalah ketam suri yang besar-besar. Masih hidup lagi.

Ada juga tempat tempat menyajikan santapan mata ikan-ikan besar. Kebetulan memang minat chegu jika berkenaan ikan ini. Yuran masuk adalah RM 2 seorang. Sepatutnya ada penyu, mungkin telah mati. Gambar diatas, sekumpulan GT berenang,

Gerpoh sirip biru

Kerapu. Besar-besar tu, mungkin dalam 8 ke 10 kilo beratnye


 Malam, chegu singgah di gerai-gerai menjual ikan bakar, guru berminat dengan sotong bakarnya, sebab lama tidak makan disebabkan sudah kurang di kawasan chegu. Ikan-ikannya segar-segar belaka dan manis. Lokasinya di depan Masjid.

2 ulasan:

  1. i miss Semporna. lama tak pegi sana. semporna i a great place, yg x oke nye cuma 'pilak2' tu.. tau ape erti pilak kan? cikgu kat sabah mustahil xtau. btw i orang swk n now kt kk. have a nice day :)

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt