Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 15 Julai 2011

Warna Kilauan Gewang Sesuai

Warna Gewang

SEKADAR CATATAN mahu berkongsi pengalaman yang amat sedikit tentang memancing menggunakan gewang. Banyak gewang yang telah diguna. Namun masih hambar.

Mungkin gewang tidak berkilat 'sodap' rasanya


Perdebatan Hangat Setiap pemancing mempunyai pandangannya tersendiri tentang warna gewang, dan ramai yang menetapkan apakah warna terbaik baginya. Kadangkala kepastian ini berdasarkan pengalaman terbaik mereka sehingga terlalu mengambil serius. Pemancing lebih mudah menerima apa saja dogma semasa atau dari guru terdekatnya, lalu menyebarkannya. Bagi GURU, sesuatu pendekatan cuma bagus buat sementara. Tetapi lama-kelamaan, tanpa mengetahui sebabnya, kita yang masih
mempercayainya hanya akan melenguhkan tangan melontar gewang tanpa ada yang
ingin menyambarnya.

Banyak pilihan warna gewang yang ‘selamat’ mengikut pengalaman sebenar si pemancing. Bagaimanapun, ikan adalah haiwan yang hidup dalam persekitaran yang dinamik, justeru perubahan sikap mereka kadangkala sukar diramal dan berubah-ubah. Kadar penembusan cahaya, saiz umpan, keadaan air semasa, warna air dan faktor lain yang cukup luas boleh bertukar dalam sekelip mata dan merubah landskap memancing. Apabila perubahan ini berlaku, pilihan warna yang difikirkan betul tidak boleh diterima pakai lagi. Biarpun pemangsa cerewet seperti ikan aya atau tongkol pun akan memecahkan peraturan ini, dari cenderung menghambat gewang mini pada kebiasaannya pula kepada gewang besar dan berkilat. Perubahan yang berlaku mungkin menyebabkan gewang kecil tidak dapat dikesan spesies ini.

Semasa tiupan angin kuat sehingga permukaan laut menjadi kucah, anda perlu melontar suatu gewang yang besar, gemuk dan berkilat agar sekumpulan tongkol itu dapat mengesannya. Kuncinya, kita perlu mengenal pasti perubahan penting semasa memancing jika ianya berlaku dan mampu menyesuaikan teknik yang ditawarkan.

Tetapi selepas banyak menggunakan berjenis-jenis umpan, teknik adalah penting. Ada masanya warna bukan memainkan peranan, mungkin umpan yang paling tidak digemari untuk dibeli oleh pemancing menjadi santapan yang amat menyelerakan bagi si ikan. Kadangkala walaupun gewang sudah dekat dengan perahu, masih boleh disambar ikan. Sememangnya pengalaman memainkan peranan penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt