Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Friday, February 14, 2014

Banjir Beaufort Sabah - Tak mendapat liputan Berita Perdana

Mungkin di semenanjung ni, kita dilanda cuaca kemarau, panas dan kering sehinggakan Pusat-Pusat dan loji takungan air mengalami kemerosotan paras airnya.

Lain pula di Sabah. Hampir seluruh sabah mengalami banjir dikala kita kepanasan. Takda pula liputan malah bantuan dinyatakan untuk penduduk yang dilanda banjir.

Banyak kengkawan yang berada di Sabah memuat naik gambar banjir di Sana. Kesian diaorang, dulu pun chegu pernah merasa sengsara banjir ni, sampai jalan perhubungan ke pekan terdekat terputus sebab runtuhan. Sebulan lamanya terputus, nasib baik sini sumber ikan banyak...

Di Beaufort, memang lumrah jalan-jalannya akan dilanda banjir. Pulaktu bertahun-tahun memang akan ditenggelami air. Tapi macam sepi je pihak berkuasa sana. Macam pasrah je. Tapi sekarang banjir besar, hampir seluruh daerah tenggelam.. mcm takde apa-apa beritapun. Macamana boleh tahu?? Sebab dulu 8 jam jalan tiap2 hujung minggu semata-mata nak memancing sehari semalam.

Lihat gambar-gambar dibawah

Pusat Bandar - Banjir di roundabout mercu tanda
Pekan Beaufort


Gambaran di sekitar bandar
Tak pasti ni, mungkin jalan hala ke sipitang
Takpe, Chegu simpati. Walaupun dah tiga tahun tinggalkan sabah, guru-guru di Sabah sporting, masih berhubung lagi walaupun jauh.

Sk pinggan-pinggan, pitas - padang bola
pernah chegu buat frendly match - macam laut dahh
Sedihnya diaorang - takde pun arahan kementerian suruh cuti ke.. kalau cuti ganti ke... sedih le..

Catatan lain : Banjir besar di Tenom 2014

10 comments:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog taufik lagi best, pengikut ramai.. Blog chegu mungkin terlalu ilmiah, Blog baru, takde yang nak follow

      Delete
  2. tak sangka banjir disana chegu sedangkan diselangor ni panas terik sepanjang hari..begitulah kuasa Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em.. baru je sebentar tadi di Berita 1.30, adalah Tabung bantuan untuk mangsa banjir di sabah..

      Delete
  3. Hmm, I wonder why as well.. May Allah ease everything in there..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, also hope for 'rahmah' and 'mercy' from Allah S.W.T

      Delete
  4. kenapa ae tak dapat liputan perdana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang pelik. Ada pun kat tv3 minta sumbangan guna marquee je... Tunggu ada kematian barulah tahu banjir besar kat sana

      Delete
  5. Kesian lahh tak dpt liputan.. Skrg ni kecoh berita ttg takda air etc.. Kalau tak tengok blog chegu ni mmg Vee tak tau pun kat sana banjir. Huhuh. Smoga mereka okaayy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni banjir di Tenom semakin puluh tetapi Beaufort pula makin buruk. Ada 1 berita kematian.. harap tiada perkara buruk berlaku. Keluarga angkat chegu di Beaufort ni... harap selamat

      Delete

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt